Pendedahan Bakal Isteri Zamani
Zamani Slam merupakan penyanyi bersuara lunak yang baru-baru ini menjadi tumpuan media. Kini cerita terbarunya ialah Zamani dikataakn sedang mengenali hati budi seseorang dan bakal berkahwin.
Mengakui mereka sudah lama berkawan, Zamani Slam tidak mahu bercerita dengan lebih lanjut apatah lagi untuk mendedahkan bakal isterinya.
Sebelum ini, Zamani memang pernah menyatakan bahawa dia berhasrat untuk menamatkan zaman bujangnya.
Bagi Zamani, dia tidak mahu memperbesarkan kisah perancangan perkahwinanannya kerana bimbang tidak menjadi pula. Selain itu, dia mahu menghormati keluarga kedua belah pihak.
Ini komennya:
“Asalnya dia ialah peminat saya dan Slam, seterusnya membantu menguruskan kelab peminat saya. Bermula dari situ, kami berkawan rapat malah dia juga banyak menyokong jatuh bangun saya dalam industri ini,”
“Saya perlu menghormati keluarga kedua-dua belah pihak dan enggan membelakangkan mereka. Saya perlu dahulukan mereka sebelum memberi apa-apa kenyataan kepada pihak media mengenai perkara ini. Lagipun saya baru saja berbaik-baik dengan keluarga”
“Jadi, saya tidak mahu mengeruhkan kembali hubungan yang kembali terjalin dengan berita seperti ini.
“Sekiranya perkahwinan itu menjadi kenyataan, saya tidak akan sorok. Saya akan akan beritahu pihak media dan juga peminat,”
Sumber: BH
0 comments:
Post a Comment