Tangisan Anak Sebelum Meninggal Dunia - Mangsa Kemalangan Kongsi Detik Sayu

Tangisan Anak Sebelum Meninggal Dunia


"Umaira, Umaira anak ayah," itu antara kata-kata akhir Mohd Hasnun kepada anaknya dalam satu kemalangan maut membabitkan 16 kenderaan di KM406 Lebuhraya Utara Selatan (Plus) dekat Tanjung Malim, yang menghala ke pusat bandar‎.

Biarpun masih bersedih dengan peristiwa hitam itu, Hasnun kuatkan diri untuk menceritakan detik-detik kemalangan yang meragut nyawa anak serta isterinya.

Mohd Hasnun berkata kejadian berlaku ketika kereta Suzuki Swift yang dipandunya terperangkap dalam kesesakan lalu lintas dan dalam perjalanan ke Kuala Lumpur untuk menziarahi ahli keluarga yang meninggal dunia.

Ini komennya:

"Masa tu jalan sesak disebabkan ada kemalangan di hadapan, kereta memang tidak bergerak.

"Seingat saya, saya sedang mendengar alunan ayat-ayat suci al-Quran, manakala anak dan isteri saya sedang tidur,"

“Tiba-tiba saya melihat treler yang berada dari arah belakang meluru laju kemudian merempuh dan menyebabkan kereta saya berpusing ke laluan tengah sebelum dirempuh sebuah lagi treler dari arah kiri.

"Keadaan masa tu berlaku dengan pantas, badan saya terhentak ke stereng kereta, namun saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

"Saya ingat setiap detik masa tu. Paling menghibakan saya lihat arwah isteri berlumuran dengan darah dan tidak lagi bernyawa, saya lihat anak saya, saya panggil namanya Umaira berulang kali, kali pertama dia menangis dan terus senyap, ALLAH sahaja yang tahu perasaan saya ketika itu,"

"Dia ada berkata kepada saya yang dia teringin nak menunaikan solat tarawih bersama saya di Masjid Biru (masjid negeri Shah Alam).

"Saya berjanji untuk membawanya, namun ini sudah tertulis yang dia akan pergi meninggalkan saya buat selama-lamanya,"

"Sebelum ini saya tinggal di Kuala Lumpur, tapi memandangkan isteri bekerja di sini, jadi  saya pindah ke sini.

"Pada saya arwah seorang isteri yang amat sempurna, dia terbaik buat saya, namun ketentuan ALLAH melebihi segalanya saya redha dengan apa yang berlaku ini,"

Hasnun sebenarnya baru sahajaberpindah dan tinggal bersama isteri serta anaknya di Pulau Pinang selama setahun.

Jenazah isterinya Nurul Syazeila Iryani Suhaimi dan anak Hanna Humaira dibawa pulang ke Kampung Permatang Tok Jaya, Pulau Pinang.

Sumber: SinarHarian

0 comments:

Post a Comment