Respon Liyana Jasmay Suami Diganggu Artis Wanita


Respon Liyana Jasmay Suami Diganggu Artis Wanita


Nampaknya rumah tangga  Liyana Jasmay menjadi bualan ramai apabila timbul dakwaan dan gosip mengatakan suaminya diganggu rakan artis wanita.

Liyana mengakui terkejut kerana tidak tahu-menahu apabila ditanya tentang hal tersebut. Bagi Liyana perkara ini tidak perlu diperbesarkan.

Ini komennya:

“Saya tak tahu nak komen macam mana. Sejujurnya, saya terkejut macam mana cerita ini boleh timbul. Apa boleh saya katakan, ia dakwaan palsu.

“Kalau nak tahu, saya dan suami akan keluar bersama beberapa rakan seperti Lisa Surihani, Intan Ladiyana dan Fazura. Mustahil mereka berkelakuan sedemikian. Lagipun, suami sentiasa ada bersama saya,” 

“Saya rasa cukup setakat ini berkongsi kisah peribadi. Bukan apa, terlalu banyak perkara yang boleh menimbulkan persepsi negatif. Kalau membabitkan anak saya okey lagi,” 

“Berkenaan suami pula, ia adalah privasi saya. Setiap apa yang ditulis mereka di laman sosial, saya anggap sekadar cakap-cakap kosong. Lagipun, saya sudah meminta maaf kepada mereka. Saya tidak pernah bermaksud negatif seperti difikirkan mereka,” 

Sumber: Harian Metro

0 comments:

Post a Comment