Teguran Pedas Buat Pasangan "Limousine" Hafiz Dan Kekasihnya Syafiqah
Baru-baru ini pasangan kekasih yang menjadi viral apabila si lelaki memanja kan kekasih hatinya dengan kereta limo dan kemewahan.
Gambar-gambar pasangan ini menjadi viral dan bualan ramai di laman sosial.
Namun satu nukilan teguran buat pasangan ini ternyata amat pedas dan mempunyai kandungan yang tepat. Rata-rata pengguna bersetuju dengan padangan ini.
Jom baca teguran dari Syahr Musafir:
RAIKAN AWEK DENGAN LIMOUSINE BAGAI?
Setelah ramai orang memperkatakan dan bercerita, jadi saya telah lihat video Hafiz Mahamad meraikan hari lahir kekasih hatinya, Syafiqah Aina dengan limusin and what not, yang telah viral dan menjadi sebutan satu Malaysia.
Saya berasa sangat marah dan kecewa dengan atitud dan video tersebut. Saya tidak dapat lihat satu apa pun kebaikan daripada video tersebut, melainkan perkara-perkara negatif semata-mata.
Meraikan hari lahir tidak salah. Bahkan kalaulah seorang suami meraikan seorang isteri amat digalakkan. Namun seorang boyfriend meraikan seorang girlfriend tanpa ikatan nikah adalah haram. Hukumnya berdosa.
Berdua-duaan lelaki dan perempuan bukan mahram dalam satu limusin (atau ruang tertutup) adalah haram. Dan berdua-duaan lelaki dan perempuan dalam limusin 'ditemani' seorang fotografer/cameraman langsung tidak sweet.
Walaupun si gadis bertudung dan berpakaian bertutup (saya tak nak komen berkenaan ketat atau nampak lengan bla bla bla), maruah seorang muslimah dicalar-balarkan dengan aksi bersentuhan bahkan berpegangan tangan secara sengaja dengan si lelaki yang kononnya gentleman. Haram dan berdosa. Langsung tidak lady-like, langsung tidak gentlemen, bahkan dayus semata-mata, penuh maksiat.
Saya bertambah kecewa kerana pasangan ini meraikan dan berbangga dengan dosa dan maksiat yang telah dilakukan, bahkan menyebar-luaskan dosa, maksiat dan keaiban ini kepada seluruh dunia untuk melihat dan menontonnya.
Cinta yang haram itu tetap haram. Selagi mana belum nikah, lelaki dan gadis ini adalah bukan mahram, dan haram berduaan, haram bersentuhan. Saya sebut sebegini sebab anda berdua adalah orang Islam. Muslim dan Muslimah. Ada faham?
Tiada alasan kita perlu bersangka baik si lelaki dan si gadis ini tidak reti agama. Si lelaki dan si gadis tahu 'agama' tetapi sengaja merendah-rendahkan martabat Islam dengan berkelakuan sebegitu.
Sekalipun mahu bercinta, janganlah jadi manusia yang jahil dan ignorant. Saya paling marah dan kecewa kerana maksiat ini dibangga-banggakan, disebar luaskan dan dilakukan dalam bulan Ramadhan yang mulia ini. Respek, Bro. Mana engkau punya sifat hormat?
Saya nasihatkan Hafiz dan Syafiqah, tarik baliklah video yang telah disebarkan dan bertaubatlah. Jika desperate, bernikahlah sesegera mungkin. Umur gadis 22 tahun sudah 'tua' untuk menikah. Atau si lelaki tidak boleh nak meminang dan akad nikah kerana belum bersunat?
Inilah masalah orang kita sekarang. Terikut sangat dengan budaya Barat, budaya sosial melampau, drama dan filem Melayu yang tidak menjaga ikhtilat bahkan melampaui batas, zina, rogol, sentuh sikit sentuh banyak tak mengapa, bla bla bla, menjadi normal dan kebiasaan, sehingga dosa dan maksiat dirasakan seperti 'pahala' dan populariti.
Hang ingat sweet buat gitu-gitu? KEPALA HOTAK HANG!
Kepada wartawan dan jurnalis pun, cerita-cerita macam ni tak payahlah nak tulis macam cerita syurga. Adoi!
p/s: Tak pasal-pasal rasa marah pagi ni. Tolong share biar sampai Hafiz dan Syafiqah baca dan ambil iktibar. Terima kasih.
Itulah teguran mantap dari lelaki ini, harap dijadikan pengajaran.
0 comments:
Post a Comment