Mahu Search Mohon Maaf, Tuntut Ganti Rugi RM1.5 Juta
Afjets Sdn Bhd telah tampil mengejutkan ramai dengan menuntut kos ganti rugi sebanyak RM1.5 juta dari kumpulan Search.
Penganjur Konsert Search 35 Tahun ini juga memberikan tempoh selama 14 hari untuk mereka membuat permohonan maaf secara terbuka berikutan dakwaan yang dikeluarkan mereka terdahulu yang dianggap sebagai satu fitnah bagi pihaknya.
Selain itu, Search juga didakwa melanggar memorandum persefahaman (MOU) apabila menamatkan kerjasama secara tidak sah, sekaligus menafikan segala tuduhan yang dibuat kumpulan itu.
Ini komen dari wakil Afjets:
“Kami menafikan segala tuduhan dibuat Search ketika mereka mengumumkan penamatan kerjasama dengan kami, baru-baru ini. Kami juga sudah menuntut Search memohon maaf secara terbuka dan menarik semua tuduhan dibuat mereka terhadap Afjets menerusi notis yang dihantar wakil peguam kami, semalam,”
Untuk pengetahuan, sebelum ini Search pernah membuat satu sidang media serta mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka ingin menamatkan kerjasama dengan penganjur. (BACA SINI)
Search mengatakan Afjets sebagai tidak profesional dan gagal mematuhi perjanjian MOU.
0 comments:
Post a Comment