Bertunang Dengan Shahir Lepas Raya, Ini Kenyataan Rasmi Erra Fazira

Bertunang Dengan Shahir Lepas Raya, Ini Kenyataan Rasmi Erra Fazira


Erra Fazira sekali lagi mencuri perhatian ramai ekoran hubungannya dengan penyanyi Shahir AF. Satu gosip timbul mengatakaan Shahir dan Erra Fazira bakal bertunang selepas raya.

Akhirnya, Erra Fazira terpaksa tampil menceritakan hal sebenar dan memberi kenyataan rasmi.

Ini komennya:

Bertunang Lepas Raya

"Hujung tahun lalu pernah tersebar gosip Shahir dikatakan bakal menghantar rombongan meminang, tetapi tiada apa yang berlaku. Kali ini, sekali lagi perkara yang sama dibangkitkan kononnya kami akan bertunang selepas raya nanti. Jawapan saya masih sama iaitu tidak benar. 

Status Terkini

"Saya masih berkawan baik dengan Shahir, tetapi tidak pernah mengetahui mengenai urusan peminangan seperti yang diperkatakan. Jika benar kami akan bertunang, sudah pasti saya akan tahu segala perancangan Shahir," 

Saya Tak Halang

"Shahir sudah memperlahankan aktiviti seninya sebelum saya mengenalinya. Gosip mengatakan saya menghalangnya daripada aktif tidak benar sama sekali. Saya tidak pernah mencampuri sebarang urusan berkaitan kerjaya atau masa depannya,"

Erra tidak menolak sekiranya ditakdirkan bertemu jodoh dengan penyanyi terbabit, namun enggan bercerita lanjut mengenainya.

0 comments:

Post a Comment