Suami Raya Rumah Isteri Pertama, Ini Komen Adira


Suami Raya Rumah Isteri Pertama, Ini Komen Adira


Adira AF kali pertama menyambut hari raya sejak bergelar suami isteri pada tahun ini setelah berkahwin Oktober yang lalu.

Ramai tertanya-tanya bagaimanakah Adira akan menyambut hari raya pada tahun ini sebagai isteri kedua Dato Red.

Dalam satu kenyataan, Adira reda dan akur apabila suaminya itu akan menyambut Aidilfitri bersama isteri pertama terlebih dahulu.

Ini komennya:

“Sebagai isteri kedua saya memahami situasi suami. Ia bukan masalah besar buat saya kerana masih dapat menyambut Aidilfitri bersama keluarga di Ranau, Sabah. Walaupun ini tahun pertama kami beraya sebagai pasangan suami isteri, saya reda dan akur”

“Tambahan pula beberapa hari selepas itu suami akan pulang ke Sabah dan meraikannya dengan saya dan keluarga pula,” 

Tambah Adira yang mengakui tidak pandai memasak, dia kini sangat teruja menyediakan juadah sahur dan berbuka untuk suami. Tidak menjadikan isu tidak memasak sebagai halangan, Adira menyatakan perkara tersebut bukan alasan untuk dia tidak ke dapur.

Sumber: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment