Ibu Merungut Dengan Pelakon Janna Nick
Pelakon yang semakin popular Janna Nick akui ibunya mula merungut tentang kelakuannya yang sering tiada di rumah walaupun Janna kini masih tinggal dengan ibunya.
Ini kerana jadual seninya semakin padat kerana namanya kini semakin popular sekaligus menyebabkan Janna banyak habiskan masanya di lokasi penggambaran.
Ini komennya:
IBU MERUNGUT
"Ibu ada merungut kerana saya sering tiada masa sehingga bersama kami kadang-kadang tidak bertembung sesama sendiri walaupun duduk serumah.
"Dia juga ada mesej saya memberitahu dia berasa bosan dan sunyi tetapi kesibukan di lokasi penggambaran membuatkan saya jarang dapat habiskan masa bersamanya.
"Tetapi saya tahu dia faham dan bangga dengan pencapaian saya,"
RESPON IBU TENTANG KONTROVERSI
"Satu perkara tentang ibu saya, dia sering meletakkan kepercayaan penuh terhadap semua tindak tanduk anak-anaknya dan tidak mengongkong kami.
"Apabila nama saya terpalit dengan kontroversi, ibu tidak bertanya kerana dia tahu siapa diri anaknya dan ia sudah memadai.
"Tetapi itu bukan bererti saya boleh sewenang-wenangnya melanggar batasan berkenaan dan kepercayaan itu sentiasa menjadi pegangan saya,"
Dalam pada itu, Janna berkata, kedatangan bulan Ramadan ini dia mengehadkan aktiviti seninya kerana ingin menghabiskan masa bersama lebih kerap dengan keluarga.
0 comments:
Post a Comment