Rozita Che Wan Akhirnya Tampil Balas Kontroversi Baju Raya Tesco


Rozita Che Wan Akhirnya Tampil Balas Kontroversi Baju Raya Tesco


Rozita Che Wan baru baru ini menjadi tumpuan apabila koleksi baju rayanya dikecam sesetengah pihak kerana dikatakan tidak serupa bikin. (BACA SINI)

Kini pelakon, pengacara dan usawahan ini tampil menjelaskan mengenai koleksi baju raya kolaborasi bersama Tesco yang menjadi isu baru-baru ini.

Rzoita Che Wan menjelaskan isu tersebut timbul kerana pembeli tidak memilih baju tersebut mengikut saiz yang bersesuaian.

Ini komennya:

TAK IKUT SAIZ

“Baju itu sama cuma yang berbeza ialah saiz baju tersebut. Mereka kena faham, setiap orang mempunyai bentuk badan yang berbeza.

“Jadi sepatutnya baju itu dipilih mengikut saiz yang sesuai dengan tubuh mereka. Janganlah kalau pakai saiz L tetapi yang dibelinya saiz M, memang tak sesuailah.

“Bila ambil saiz yang salah jadi bila disarungkan baju itu ke tubuh, sudah pastilah nampak serba tak kena,” 

6 BULAN

“Saya ambil masa enam bulan untuk hasilkan koleksi baju ini, tak mungkinlah saya nak sia-siakan usaha sendiri dengan menjual sesuatu barang tanpa memikirkan tentang kualiti terlebih dahulu.

“Rekaan koleksi Syawal ini juga semuanya adalah idea sendiri dan saya nak mereka rasa cantik dan puas hati sewaktu memakai salah satu koleksi saya.

“Lagipun kami menggunakan kain yang selesa dan memudahkan mereka untuk mengambil wuduk,”

TERHARU DIPILIH TESCO

“Rasa macam tak percaya pula bila ditawarkan utnuk kolaborasi bersama tesco untuk hasilkan baju raya.

“Sebelum saya dipilih, pihak Tesco telah membuat ‘survey’ dikalangan pelanggan mereka berkenaan tentang selebriti mana yang mereka mahukan untuk koleksi Raya.

“Rata-rata daripada pelanggan mereka telah memilih nama saya dan tipulah kalau kata tak rasa terharu dan saya anggap ini adalah rezeki.

“Alhamdulillah setakat ini RozitaCheWan X Tesco mendapat sambutan yang menggalakkan dan maklumbalas yang diterima agak positif,

"Busana Aidilfitri ini juga dijual dengan harga berpatutan iaitu RM299 dan saiz pula bermula dari XS hingga XL,” 

Sumber: astrogempak

0 comments:

Post a Comment