Dato Vida Naik Angin, Anak Dikutuk Hitam

Dato Vida Naik Angin, Anak Dikutuk Hitam



Di bulan Ramadhan ini, masih ada yang tidak menjaga percakapan dan penulisan. Ada follower Dato Seri Vida yang menulis komen agak panas.

Seorang follower menjadi tumpuan apabila telah  memanggil anak kepada jutawan kosmetik Dati Vida sebagai buruk dan hitam.

Ini tulisan panas dari follower tersebut:

"Saya tak kisah anak Datuk main panas ke, kuat berjalan ke tapi Datuk sebagai pengasas produk Qu Puteh sepatutnya anak putih juga.


"Ke Datuk tak bagi anak Datuk pakai produk Qu Puteh?" 


Komen itu ditulis selepas Dato Seri Vida memuat naik gambar anak perempuan bernama Cik B dan anak lelakinya dipanggil Kacak yang tertidur menunggu waktu sahur.

Memang satu komen yang agak panas dan menusuk hati.

Dato Seri Vida ternyata terkesan dengan komen tersebut yang menghina anaknya sebagai hitam walhal dia mempunyai produk kecantikkan Qu Puteh.

Ini komen Dato Vida:

"Jangan kutuk Cik B hitam, masa kecil saya lagi hitam daripadanya.


"Cik B nak enjoy masa chilhood dia, ikut dia redah jer. Main bola tengah panas dengan budak-budak jate (lelaki). Cik jenis brutal, mujur tak panjat pokok jer,"


"Walau apa pun orang cakap dekat Cik B, Mama tetap sayang Cik B... My only girl. Cik B ni bijak orangnya dan minat muzik dan suntingan video malah bisnes pun dia pandai.

"Malah dia sudah ada ejen dan stokis sendiri. Man budak 12 tahun buat begitu?,
"

Untuk membalas komen itu, Dato Vida telah memuat naik gambar Cik B ketika kecil yang ternyata putih.

Ini gambar Cik B masa kecil yang putih:


Luahan Vida itu turut mendapat pelbagai respons daripada pengikutnya yang menyifatkan penghinaan sesetengah orang terhadap anaknya sebagai tidak patut dilakukan kerana Cik B masih kecil.

Sayu..Ini Luahan Bazli UNIC Setelah Anaknya Meninggal Dunia Akibat Kanser

Sayu..Ini Komen Bazli UNIC Setelah Anaknya Meninggal Dunia Akibat Kanser 



Pagi ini,penyanyi nasyid dari kumpulan UNIC iaitu Bazli mengumumkan anaknya bernama Syahid telah kembali ke rahmatullah.

Kanak-kanak syurga ini meninggal dunia pagi tadi akibat komplikasi dari penyakit barah yang dihidapinya.

Muhammad Syahid, 3 tahun, disahkan meninggal dunia pada jam 7.15 pagi, kerana menghidap barah lymphoma.

Melalui laman IG milik Bazli ini komennya:

"Anak ayah kesayangan Syahid dah pergi meninggalkan kita sebentar tadi. Allah sayangkan Syahid.. Anakku…

Kemudian Bazli ditemui oleh wartawan Metro untuk bertanya perasaannya apabila anak tersayang meninggal dunia.

Menurut Bazli, anaknya semakin sakit sejak akhir-akhir ini dan sering merintih kesakitan.

Ini luahan hati dari Bazli:

"Saya reda dengan pemergian Syahid kerana sebagai bapa, saya tak tahan melihat dia merintih menanggung kesakitan,"

"Walaupun saya dan isteri sedih dengan pemergiannya namun kami reda dengan ketentuan Allah SWT dan dia adalah anak syurga yang akan menanti kami di sana nanti,"

Arwah Syahid adalah anak sulung daripada dua beradik

Jenazah dimandi dan dikafankan di surau kuarters HKL sebelum di bawa balik ke kediaman Bazli di Sungai Buloh.

Anak syurga ini akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Masjid Jamiul Ehsan, Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, selepas Zohor.

Wany Hasrita Buat Pendedahan Kena Usik Dengan Artis Lelaki

Wany Hasrita Kena Usik Dengan Artis Lelaki



Penyanyi sedang popular Wany Hasrita menyatakan dia kini semakin selesa bergaul dengan rakan artis yang lain.

Wany mula popular setelah lagunya berjudul Menahan Rindu meletop-letop di corong radio dan meneruskan kecemerlangan dengan lagu duet bersama Tajol.

Kedua-dua lagunya mencecah tontonan berjuta-juta di laman YouTube.

Dalam pada itu, penyanyi ini memberitahu, ada sesetengah artis terutama lelaki selalu menyakat dirinya membuatkan dia semakin terbuka menerima sebarang usikan tersebut.

Usik-mengusik, bergurau, maknanya makin mesra la Wany dengan artis lelaki.

Selain itu Wany juga menerangkan isu cinta yang selalu ditanya para wartawan dan badannya yang kelihatan semakin kurus.

Jom baca kenyataan dari Wany Hasrita:

Ini komennya:


KENA USIK

"Memang sejak dari dulu saya sering kena usik dengan mereka (artis-artis lelaki) dan saya tahu itu sekadar usikan sahaja memandangkan saya masih hijau dalam bidang ini.

"Apa-apa pun tidak saya nafikan kadang-kadang dengan cara inilah hubungan antara kami jadi lebih rapat dalam suasana santai dan saya tidak pernah ambil serius soal usik ni,"

SERING DITANYA PASAL CINTA

"Orang berhak bertanya dan buat masa sekarang apa yang boleh saya jawab, saya masih solo. Klise kan? Tetapi itulah hakikatnya.

"Kesibukan yang membataskan saya untuk memikirkan semua perkara itu buat waktu sekarang,"

BADAN MAKIN SUSUT

"Itulah, emak saya pun tegur tapi apa yang saya perasan selain berpuasa, kesibukan memenuhi jadual kerja menjadikan rutin makan saya jadi tidak menentu.


"Kadang-kadang pemakanan saya juga tiada khasiat kerana sering ke drive thru (pandu lalu) restoran makanan segera disebabkan sering berkejar ke tempat show dan penggambaran,"

Sumber: mStar

Erra Fazira Buat Pendedahan Dihalang Berlakon Drama

Erra Fazira Buat Pendedahan Dihalang Berlakon Drama



Ketika di kemuncak dulu, Erra Fazira hanya muncul dalam filem saja terutamanya filem terbitan Skop Productions.

Rupa-rupanya pelakon ini mendedahkan ketika itu, sekitar tahun 90-an, dia telah dihalang daripada berlakon telefilem ataupun drama bersiri.

Halangan ini adalah sebagai langkah menjaga jenama dirinya dalam industri perfileman.

Ini komennya:

"Kalau diikutkan saya tidak ada masalah berlakon drama atau pun filem malah ada saja tawaran cuma dihalang daripada berbuat demikian.

"Bukannya apa ketika itu ingin menjaga jenama saya sebagai pelakon filem.


"Tetapi itu dahulu, sekarang Alhamdulillah tiada halangan dan banyak juga telefilem dan drama bersiri yang sudah saya jayakan,"


Kini Erra Fazira akui sudah tiada halangan dan dia boleh berlakon dalam filem dan juga drama bersiri.

Erra dilihat mula berlakon drama bersiri dan antara yang menjadi tumpuan adalah gandingan bersama Hisyam Hamid dalam drama "Dia Biadadariku".

Perkembangan terbarunya, Erra Fazira bakal muncul dalam filem Polis Evo 2 dan bakal mempunyai lagu single terbarunya tidak lama lagi.

Untuk pengetahuan, Erra Fazira merupakan pelakon filem popular pada tahun 90-an.

Antara filem popularnya ialah Sembilu, Maria Mariana, Tragedi Oktober, Pasrah dan Soalnya Hati.

Selamat Terima Cahaya Mata, Ini Ucapan Saharul Ridzwan Buat Isteri Membuatkan Ramai Tersentuh Hati

Ini Ucapan Saharul Ridzwan Buat Isteri Membuatkan Ramai Tersentuh Hati


Semalam pelakon popular Saharul Ridzwan telah menerima kehadiran cahaya mata sulung setelah isteri tersayang Deena Emir selamat melahirkan baby boy.

Anak lelakinya itu dilahirkan pada jam 3.49 petang dengan berat 2.8kg pada 11 Ramadhan 1438 (6/6/2017).

Dalam pada itu, Saharul Ridzwan telah membuat satu ucapan istimewa buat isteri setelah berjuang melahirkan zuriat buat Saharul Ridzwan.

Ternyata Saharul sentiasa berada disisi isterinya ketika proses kelahiran dan menghargai isterinya.

Ini ucapannya:

Alhamdulillah. Terima kasih @deenaemir wahai Isteriku. Sy ada bersama awak dlm berjihad mengarung nyawa demi satu nyawa yang amat penting dalam keluarga kita. Tak terbalas pengorbanan awak. Terima kasih kerana menjadi seorang yang faham diri saya. I love you so much sayang @deenaemir and welcome baby kesayangan semoga menjadi anak yang soleh yang tidak akan tinggalkan kami sewaktu hari tua kami. Aaminn.

Ucapan ini membuatkan ramai followernya tersentuh hati. Di ruang komen para follower memebri ucapan tahniah kepada pasangan ini.

"Geli Tengok Ko Bagi Tips Hamil, Harap Gugur.." - Pendedahan Perangai Kawan Paling Tak Guna

"Geli Tengok Ko Bagi Tips Hamil, Semoga Gugur.." - Pendedahan Perangai Kawan Paling Tak Guna



Ini satu kes kisah benar yang berlaku ke atas seorang wanita yang abru mengandung.

Seorang wanita bernama Imah terlah berkongsi perangai rakannya yang dengki dan sanggup melakukan perkara terkutuk.

Rakan kepada Imah itu berkata ayat yang tidak elok dengan menyatakan kemungkinan tidak lama lagi Imah akan keguguran.

Ini antara kara-kata rakan Imah itu:

"Baru je mengandung cakap riak..esok lusa gugur la tu

"Aku geli tengok kau bagi tips hamil, sumpah geli.

"Harap kau gugur esok lusa, tak pun anak mati..haha







Memang satu kenyataan yang amat melampau dan kurang ajar.

Ini respon balas dari Imah di laman Facebook:


"Hidup lg manusia mcm ni... Patut la die bahagia... laki bini perangai sama... 

"Ima xtau siapa suami die.. tp kalau die bace, harap die mampu didik isteri dia supaya x bermulut celupar.. 

"Kalau Gugur pun esok lusa itu urusan allah. Allah dah tulis rezeki ima stakat tu... ima terima dgn hati y terbuka.. rezeki allah luas. 

"Apa yg nak disedihkan, xda hari ni. Esok lusa ada lg... Sbb manusia mcm ni la ima buang kawan2 dan bkawan dgn burung2 dekat dapur... hati senang, xda da dengki2... xda masalah.. xbuat ima sedih... 

"Hurm baby x salah la... sampainya hati dia.

Kisah ini mendapat perhatian di laman media sosial dengan lebih 10 ribu share.

rata-rata mengecam tindakan rakan Imah itu yang amatlah kurang ajar.

Pelakon Popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella Kini Dikatakan Kekasih Kepada Engku Emran

Laudya Cynthia Bella Kini Dikatakan Kekasih Kepada Engku Emran


Ini satu berita yang amat mengejutkan ramai buat peminat industri hiburan tanah air dan juga negara seberang, Indonesia.

Pelakon popular  Laudya Cynthia Bella kini dikatakan sedang rapat dengan bekas suami Erra Fazira iaitu Engku Emran.

Perkara ini mula menular setelah penyanyi dan pelakon popular ini memuatnaik satu foto yang menunjukkan dirinya sedang bahagia.

Melalui caption, Laudya Cynthia Bella yang lebih mesra disapa Bella mendedahkan ada individu bernama E yang amat bermakna buatnya.

Ini komennya:

"Aku diberkati dan terima kasih Allah untuk setiap hari, segalanya, dan E," 
"alhamdulillah"
"bismillah ya Allah"
"berkah Ramadhan"

Ramai tertanya-tanya siapakah individu bernama E itu. Segalanya terjawab apabila Laudya Cynthia Bella ada menulis komen "Abang E" di gambar milik Engku Emran.

Di Indonesia, portal hiburan di sana turut mengkaitkan Engku Emran sebagai kekasih baru Laudya Cynthia Bella.

Jom lihat gambar:

Pendedahan "E" Oleh Bella

Komen Dari Bella Kepada Engku Emran Sebagai Abang E

Engku Emran Dan Bella Di Satu Event Bersama
Peminat Bella Komen Gambar Engku Emran

Untuk pengetahuan, Engku pernah berkahwin dengan aktres Erra Fazira Erra pada 25 Oktober 2007 dan bercerai pada 18 Februari 2014.

Ketika berkahwin, mereka berdua dikurniakan seorang anak perempuan bernama Engku Aleesya yang kini berusia lapan tahun.

Sehingga kini tiada kenyataan rasmi dari pihak Engku Emran dan juga Bella. Kita tunggu nanti.

Fasha Sandha Akhirnya Maafkan Penganjur Menghalaunya

Fasha Sandha Akhirnya Maafkan Penganjur



Sebelum ini memang kecoh isu Fasha Sandha mengamuk kerana dihalau di sebuah event.

Yang terbaru, menerusi program hiburan Melodi yang disiarkan di TV3, Fasha telah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya sudah memaafkan pihak penganjur yang telah menghalaunya tempoh hari.

Pihak penganjur telah berjumpa dengannya untuk membuat permohonan maaf dan beliau telahpun memaafkan pihak berkenaan.

Ini penjelasan Fasha:


MAAFKAN PENGANJUR

“Penganjur itu telah memohon maaf kepada saya diatas perbuatanya dan dia juga telah membuat kenytaaan yang mengatakan dia yang bersalah. Buat masa sekarang I just take it easy”,


TENTANG ISU SAMAN

“Saya ada banyak kerja lagi nak buat, saya banyak lagi komitmen”, ujarnya.

MAHU PENGANJUR BERHATI-HATI

“Sekarang ini hanya Allah saja yang tahu sama ada kenyataan yang dikeluarkan pihak penganjur pada waktu itu adalah andaian mereka ataupun mendapat arahan.

“Kalau benar ini hanyalah andaian dan rekaan cerita semata-mata, anda telah melakukan dosa besar kerana mencetuskan perkara ini hingga menjadi lebih teruk lagi.

“Tapi apa pun saya dah maafkan dia kerana dia telah meminta maaf kepada saya”.


Itulah komen dari Fasha tentang hal ini.

Sumber: Suria.FM

Dipertikai Buat Drama Untuk Anaknya Yang Telah Meninggal Dunia, Ini Kenyataan Linda Rafar

Dipertikai Buat Drama Untuk Anaknya Yang Telah Meninggal Dunia, Ini Kenyataan Linda Rafar



Pada tahun 2014, satu dugaan yang besar melanda Linda Rafar apabila salah seorang anaknya bernama Memen telah pergi buat selama-lamanya.

Kini, Linda Rafar merancang untuk menerbitkan sebuah drama bagi mengenang arwah anaknya itu.

Namun rancangannya itu telah dipertikai sesetengah pihak seolah-olah dia belum boleh menerima kehilangan itu dan masih belum move on.

Ini komennya:

"Mereka boleh mengata kerana mereka tidak berada di tempat saya..." 

"Bukan saya tak boleh 'move on' dari kesedihan tetapi mewakili insan yang pernah kehilangan orang tersayang, saya terpanggil untuk berkongsi rasa dan mahu mereka lebih kuat menempuh hari-hari mendatang menerusi drama ini.

"Saya berharap selepas ini orang akan tahu tujuan saya menerbitkan drama ini bukan untuk terus meratap pemergian arwah seperti yang diperkatakan, sebaliknya mahu berkongsi bagaimana saya mula mendapat kekuatan menempuh hari-hari tanpa insan tersayang yang pergi secara tiba-tiba,"


Satu novel berjudul Menunggumu Di Pintu Syurga pernah dihasilkan sebelum ini sempena memperingati arwah Memen.


Menunggumu Di Pintu Syurga kini akan dihasilkan  dalam bentuk drama dan filem untuk berkongsi bagaimana dia mendapat kekuatan menempuh situasi dan dugaan itu.

Linda Rafar juga bakal berduet dengan seorang penyanyi untuk sebuah lagu yang dibuat khas untuk arwah Memen.

Untuk watak arwah anaknya itu agar nampak lebih realistik, Linda Rafar sendiri akan mengetuai sesi uji bakat agar pelakon yang dipilih mempunyai persamaan dengan personaliti seiras arwah.

Ini komennya:

"Benar, saya sendiri akan lakukan uji bakat untuk watak arwah Memen di mana pelakon tersebut harus berusia sekitar 11 tahun, mempunyai bentuk tubuh dan tona suara seperti arwah kerana saya percaya faktor-faktor ini akan memberi lebih feel kepada semua pelakon terutama saya sendiri sebagai ibunya,"

Dalam perkembangan lain, Linda memberitahu dia kini sudah menemui penyanyi untuk berkolaborasi menerusi sebuah lagu yang dicipta khas untuk arwah anaknya itu.


Arwah Memen menghidap ketumbuhan kronik di dalam perut sebelum meninggal dunia pada 5 Julai 2014.

Linda Rafar berkahwin dengan suami pertama, Keifli Othman, dia dikurniakan dua anak lelaki iaitu Rezaril Keiflin, 17 dan Rezaiman Keiflin, (meninggal pada usia 12 tahun pada 2014).

Manakala perkahwinan kedua bersama pelakon Syed Aiman pada 2 Disember 2006 dan dikurniakan dua anak lelaki iaitu Syed Rezaqiib, 9, dan Syed Rezariiq, 6.

(Mulut Celupar) Wanita Kurang Ajar Hina Dato Siti Nurhaliza, Dikecam Orang Ramai

(Mulut Celupar) Wanita Kurang Ajar Hina Dato Siti Nurhaliza, Dikecam Orang Ramai


Seorang wanita mencetuskan kemarahan apabila menghina Dato Siti Nurhaliza di laman sosial.

Kisahnya bermula apabila Rotikaya memuatnaik gambar terkini Siti Nurhaliza di laman Facebook.

Namun ada beberapa yang memberi komen negatif di ruangan komen.

Tetapi yang paling teruk adalah seorang wanita bernama Nor yang mempersoalkan kesuburan Dato Siti Nurhaliza.

Ini komen kurang ajar wanita berkenaan:

"Cantik pun tak guna kalau mandul.."

Memang tak sangka komen sebegitu ditulis oleh seorang wanita apatah lagi di bulan Ramadhan ini, terlalu kurang ajar.

Rata-rata orang ramai mengecam tindakan dan komen yang ditulis oleh wanita berkenaan.

Ini gambarnya:




Sememangnya para peminat berang dengan komen dari wanita itu dan memberi emoticon 'angry'.

Ini antara komen orang ramai yang kurang setuju dengan komen tersebut:


Semoga wanita berkenaan insaf.

Badan Tak Ramping Macam Dulu, Adira Hanya Pasrah Andai Dato Red Berubah Hati

Badan Tak Ramping Macam Dulu, Adira Hanya Pasrah Andai Dato Red Berubah



Penyanyi Adira kini mempunyai seorang anak hasil perkahwinan dengan usahawan Dato Red.

Untuk pengetahuan, Adira melahirkan anak pertama diberi nama Anggerik pada bulan 3 yang lalu dan ini juga anak keenam buat suaminya.

Melalui laporan dari Malay Mail Online, penyanyi popular ini hanya mampu pasrah andai penampilannya selepas bersalin kurang disenangi suami, Datuk Seri Adnan Abu.

Walaupun berat badannya sudah menyusut 25kg, tetapi memang sukar untuk kembali dapat bentuk badan ramping macam sebelum berkahwin dan mengandung.

Ini komennya:

“Harapan tinggal harapan kalau nak ke 42kg semula seperti dulu.

“Bila melahirkan anak, saiz badan semakin membesar dan tidak akan kembali seperti dahulu.

“Saya terima saja berapa berat yang saya mampu dapatkan,”


Ditanya jika suaminya iaitu Dato Seri Adnan atau Dato Red akan berubah hati ekoran penampilannya kini, Adirahanya berserah kepada tuhan.

Ini komennya:

“Itu susah mahu cakap. Itu semua kerja Tuhan.”

Ditanya perasaan Dato Red selepas kelahiran Anggerik, Adira berkata suaminya amat menyayangi kesemua anaknya.

Ini komen Adira:

“Saya pun tidak tahu perasaan dia kerana ini bukan pertama. Ini anak keenamnya. Dia macam biasa saja.

“Datuk Red ini sangat sayangkan anak-anaknya. Dia tidak beza-bezakan. Walaupun yang kecil baru dilahirkan, kasih sayang beliau tetap sama.

“Tiada yang berbeza dengan yang di sana dan di sini. Secara jujur kami tiada masalah. Kami baik-baik saja,”


Apaun semoga baik-baik dan bahagia buat Adira dan suami, Dato Red.

Rozita Che Wan Umum Jumlah Baju Raya Tahun Ini Sebanyak 104 Pasang Baju

Rozita Che Wan Umum Jumlah Baju Raya Tahun Ini Sebanyak 104 Pasang Baju



Siapa tak kenal dengan selebriti popular Rozita Che Wan. Setiap tahun Rozita Che Wan yang mesra disapa Che Ta pasti akan menempah jumlah baju raya yang agak banyak untuk dipakai oleh beliau dan keluarga.

Tahun ini Rozita Che Wan telah mengumumkan jumlah baju raya untuk dia dan keluarga. Menurutnya, keluarga Che Ta bakal melaram denga 104 pasang baju raya.

Sememangnya satu angka yang amat banyak untuk mereka sekeluarga beraya dan bergaya sakan pada tahun ini.

Che ta juga berterus terang agar orang ramai tidak mengecamnya apabila emngetahui jumlah baju raya miliknya itu.

Kata Che Ta , dia menjelaskan bahawa sebahagian daripada baju raya berkenaan diberikan secara percuma oleh jenama pakaian Minaz.

Untuk pengetahuan anda, Che Ta merupakan duta kepada Minaz dan sibuk mempromosikan jenama berkenaan.

Ini komen Che Ta:

"Dilantik sebagai duta jenama pakaian Minaz selama setahun, saya diberi 94 pasang baju dengan rekaan berlainan untuk hari raya. 

"Janganlah kecam saya kerana ia diberi percuma. Tahun lalu saya dikecam gara gara berkongsi jumlah baju raya yang disediakan untuk diri sendiri dan keluarga.

Selain baju dari Minaz, Che Ta juga ada menempah 10 pasang baju raya dengan pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini untuk beliau dan keluarga.

Fuh memang mantap dan cantik lah baju Che Ta, Zain Saidin, Aaisyah Dhia Rana dan anak-anak.

Anak Kembar Gaduh Guna Pisau, Zarina Zainuddin Terpaksa Panggil Polis

Anak Kembar Gaduh Guna Pisau, Zarina Zainuddin Terpaksa Panggil Polis



Pelakon Zarina Zainuddin diketahui orang ramai mempunyai anak kembar yang menghidap penyakit autisme.

Memang satu dugaan buat Zarina untuk membesarkan anak-anaknya yang mempuinyai autisme itu.

Menerusi satu rancangan bual bicara, Zarina telah tampil membuat pendedahan menceritakan dia terpaksa meleraikan pergaduhan antara dua anaknya, Azil dan Azal sehingga terpaksa panggil pihak polis.

Pergaduhan itu berlaku di rumah mereka dan kedua beradik itu bergaduh dengan menggunakan pisau tajam.

Selain itu anaknya bernama Azil juga pernah hilang di pusat beli belash sehingga mencetuskan suasana panik.

Ini pendedahan dari Zarina:

GADUH GUNA PISAU

"Pernah satu masa mereka (Azil dan Azal) bergaduh sampai bawa pisau naik bilik. Jadi, ketika itu saya terpaksa panggil pihak polis untuk meleraikan keadaan,"


HILANG BELI BAJU RAYA

"Kami sedang mencari baju raya ketika itu tiba-tiba Azil hilang. Cari punya cari sampai pusat beli-belah itu tutup rupa-rupanya dia berada di dalam bilik persalinan sambil membelek surat khabar. Mendengar suara saya barulah dia mahu buka pintu,"


Zarina Zainuddin memberitahu, dia mula menyedari anaknya mempunyai masalah Autisme ketika berumur tiga tahu.

Ketika itulah Zarina mengambil keputusan untuk menghentikan kerjaya lakonannya buat seketika demi memberi tumpuan kepada Azil dan Azal.

temubual ini dilakukan menerusi rancangan Inspirasi Taqwa bersiaran setiap hari Rabu, jam 7.30 malam di saluran Astro Oasis.