(VIDEO) Michael Ang Buat Video "Panas" Setelah Afifah Nasir Beri Penjelasan

(VIDEO) Michael Ang Buat Video "Panas" Setelah Afifah Nasir Beri Penjelasan



Pengarah popular Michael Ang menjadi tumpuan apabila memuatnaik satu video parodi sebaik sahaja Afifah Nasir memberi kenyataan tentang isu berkaitan Aliff Aziz.

Video Michael Ang itu adalah parodi yang menunjukkan kononnya Michael menyuruh Sharifah Sakinah melayan hero drama yang tidak mahu datang set kerana tidak dilayan.

Memang padu video dari Michael Ang ini.  

Ini caption dari Michael Ang:

Kisah benar! Macam macam set drama Malaysia ni! Nasib baik anak ayam aku ikut cakap! 

Kalau tidak tergantung shooting aku! Love Sharifah Sakinah kerana sanggup jadi kambing hitam walaupun akan di kecam oleh netizen kalau cerita ni keluar! 

Sabar la nak untuk sesuap nasi! Pada orang Singapore dan Sabah jangan lupa sokong drama kami!

Ini video nya:



Selepas Michael Ang pos video ini, Sharifah Sakinah memang terkejut apabila pengarah itu betul betul memuatnaik video tersebut di laman IG.

Ini kata Sharifah Sakinah:

"Bodohlah Mike, ko post buat apa"

Pagi tadi, pelakon Afifah Nasir telah membuat kenyataan tentang isu yang melanda dirinya dan juga Alifff Aziz.

Baca kenyataan dari Afifah Nasir (DI SINI)

Ini Isi Kandungan Penuh Dari Sidang Media Afifah Nasir, Pendedahan Yang Mengejutkan

Ini Isi Kandungan Penuh Dari Afifah Nasir, Pendedahan Yang Mengejutkan


Satu sidang media tergempar dari Afifah berlansung sebentar tadi. Sidang media berlaku di Ruben & Co Advocates & Solicitors

Selain Aifah, turut hadir ialah rakan artis bernama Alana dan juga kekasih Afifah bernama Wan Arif.

Afifah mendedahkan bukti kepada pihak media bahawa sebenarnya dia terpaksa keluar dengan Aliff Aziz untuk melayan karenah Aliff Aziz.

Aliff Aziz pernah tidak hadir ke set penggambaran dan ini menyebabkan penggambaran terganggu.

Dari bukti, Afifah seperti mangsa keadaan.

Ini isi kandungan press conference dari Afifah:

Afifah Dinasihatkan Berdiam Diri Walau Dikecam
- Afifah tidak mahu hangatkan lagi isu ini ketika pihak sana (Aliff) sedang memberi komen
- Kini Afifah sudah sedia
- Afifah ada banyak bukti termasuk bukti perbualan
- Afifah tidak mahu dedah bukti secara viral kerana tidak mahu membuka aib sesiapa 
- Bukti bukti hanya dedahkan kepada wartawan sahaja.

Akui Kesilapan Benarkan Aliff Pegang Tangan
- Afifah akui tersilap benarkan Aliff memegang tangannya dan minta maaf tentang hal itu.

Apa Tindakan Seterusnya
- Afifah tidak mahu hal ini menjadi lebih keruh.
- Tak nak bergaduh-gaduh lagi.

Afifah Ambil Lawyer
- Afifah ambil lawyer sebab Afifah tahu situasi sebenar dan tak takut dengan bukti dari pihak sana
- Setiap bukti ada penjelasan

Saman Aliff?
- No buat masa ini tidak buat begitu

Perbualan Bukti Nampak Aliff Suka Pegang Tangan, Aliff Tak Datang Set
- Dari peguam, ini semua bergantung kepada pernilaian para wartawan apabila lihat bukti
- Kita ada berbincang tindakan perlu diambil sebab tak elok untuk menunggu di set sebab tak hadirkan diri. 
- Patut sebulan sahaja penggambaran tetapi dah drag 2 bulan

Aliff Kata Afifah Tak Sihat
- Sejujurnya saya memang tak sihat
- Bukan dari segi fizikal tetapi dari segi mental (mental pressure)
- Dah maklum kepada pihak produksi

Pihak Produksi Kata Bukan Urusan Kerja
- Afifah kata tak pernah buat kenyataan  pergi karaoke atas urusan kerja.
- Memang rasa dianiaya

Pendedahan Dari Rakan Artis, Alana
- Pergi shooting kena tunggu 4 jam sebab Aliff Aziz tak muncul
- Aliff Aziz tak datang 8 hari selepas raya
- Ada suggest yang nak duduk di homestay untuk memudahkan habiskan penggambaran
- Pihak produksi ada telefon Afifah tentang untuk duduk homestay supaya Aliff dapat kerja tapi Afifah tak setuju.
- Kenapa Afifah perlu berkorban duduk di homestay sedangkan Afifah amat komitmen dengan kerja

Kata Buat Isteri Aliff, Bella
- Minta maaf sebab biarkan Aliff pegang tangan
- Yang lain saya buat untuk habiskan drama

Bella Ada Mesej Afifah
- Kalau Bella mesej, Afifah kata dia akan balas dan memberitahu tiada apa dengan Aliff
  Serik Kerja Dengan Aliff Atau Pihak Produksi Yang Tak Cuci Nama Afifah
- Ini pengajaran buat Afifah
- Kesian juga dekat produksi sebab mereka kena habiskan drama
- Saya profesional dan masih baru
- Saya taknak demand dan taknak tolak mana mana hero

Bila Mula Shooting Dengan Aliff Selepas Kejadian
- Akan mula berlakon esok

Sedar Tak KalauPperempuan Berkait Sebagai Orang Ketiga, Masyarakat Amat Marah?
- Saya tak boleh tutup mulut semua orang, masing masing ada pendapat masing masing

Parents Macam Mana
- Dorang memang marah sebab tak nak reputasi tercalar
- Tapi family semua ada untuk Afifah

Apa Berlaku Di Pusat Karaoke
- Afifah kata pergelutan hanya berlaku antara Aliff dan Bella
- Bella suruh Afifah keluar tapi ditahan oleh Aliff
- Kemudian Afifah terpaksa diri sahaj di situ
- Tak sentuh telefon atau delete bukti dari Bella

Afifah Sedar Tak Perasaan Aliff Aziz Terhadap Afifah
- Ada krew yang bagitahu

Cuba Beritahu Bella Tentang Sikap Aliff
- Isteri mana mahu terima hal ini

Ada Cerita Kepada Kekasih Afifah?
- Afifah ada beritahu segalanya tentang Aliff kepada kekasihnya
- Afifah sudah beritahu sejak awal lagi apa yang berlaku di set kepada Wan Ariff (kekasih)

Memang Tak Ada Perasaan Terhadap Aliff Aziz
- Memang tak ada perasaan kepada Aliff
- Wartawan mengatakan Aliff bertepuk sebelah tangan

Bukan Pergi Berdua
- Seorang lagi rakan pelakon bernama Alana sebenarnya patut ada bersama di pusat karaoke
- Namun belum sempat masuk ke bilik, insideng sudah berlaku, Bella sudah mengamuk

Tentang Anzalna
- Afifah ada cerita sikit kepada Anzalna tetapi tidak secara detail

Tentang Kena Batal Jadi Duta Produk
- Afifah mengatakan tiada kontrak dengan sebarang produk telah dibatalkan

Ada tawaran Berlakon?
- Masih ada tawaran berlakon

Tentang Facebook Afifah
- Memang bukan milik saya, fake semata-mata
- Itu semua benda untuk provoke

Jika Ada Sidang Media Untuk Ketemukan Aliff dan Afifah
- No komen

Tentang Bella Mengamuk
- Afifah rasa Bella tidak bersalah kerana faham Bella sebagai isteri

Jauh Diri Dari Aliff
- Boleh no problem

Perancangan Berkahwin Dengan Kekasih
- Perancangan memang ada
- Tapi saya bukan jenis terdesak

Komen Dari Kekasih Kepada Aliff
- Fikirkanlah keluarga, family

Itulah keterangan dari pihak Afifah Nasir tentang hal ini. Ada bukti mengatakan Afifah terpaksa melayan karenah Aliff Aziz untuk memudahkan penggambaran.

Malah sebenarnya, rancangan ke pusat hiburan itu bukanlah berdua, Alan juga akan hadir dan sedang berada di tempat parking kereta ketika itu,

Ini Pendedahan Identiti Jejaka Kacak Yang Sedang Rapat Dengan Dato Sri Vida

Ini Pendedahan Identiti Jejaka Kacak Yang Sedang Rapat Dengan Dato Sri Vida



Datuk Seri Vida telah membuat pengakuan sedang mengenali hati seorang jejaka berasal dari Eropah yang berumur awal 30-an.

DS Vida telah membuat pendedahan tersebut malah berkata sudah ‘dirisik’ oleh jejaka berkenaan sehingga sanggup dating dari jauh ke kediamannya di Ipoh, Perak.

Jelas Vida lagi, pertemuan dengan jejaka itu diatur semasa sambutan hari raya baru-baru ini.

Ini pendedahan dari DS Vida:

JUMPA PADA HARI RAYA

"Kami sudah kenal beberapa bulan. Sebelum ini kami hanya berhubung melalui telefon tapi hari raya baru-baru ini saya jemput dia untuk datang beraya di rumah.

"Terkejut jugalah sebab tak sangka dia sanggup datang dari jauh. Dah alang-alang, saya perkenalkanlah dia dengan ahli keluarga saya,"
 

CIRI LELAKI TERSEBUT

"Dia ada segalanya... kacak, bermata kelabu, rambut blonde, muda, bergaya dan seorang ahli perniagaan. Saya boleh katakan dia ada iras-iras David Beckham,".
 

TAK MAHU TERBURU-BURU

"Saya enggan terburu-buru kerana masih trauma dengan perkahwinan saya yang tidak bertahan lama sebelum ini.

"Biarlah kami berkawan terlebih dahulu. Jika sudah tertulis itu jodoh saya, siapa saya untuk menolaknya," 


IDENTITI LELAKI ITU

"Biarlah rahsia. Nanti bila dah sedia, saya beritahulah sayang-sayang semua,"


Sebelum ini memang ramai mahu mengahwini DS Vida dan yang paling ketara ialah Rani Kulup.

Semoga hubungan DS Vida dan jejaka Eropah itu semakin mekar sehingga naik pelamin.

Sumber: mStar

Ini Komen Aishah Sinclair Tentang Yuna Selepas Bertunang Dengan Adiknya, Adam Sinclair

Ini Komen Aishah Sinclair Tentang Yuna Selepas Bertunang Dengan Adiknya, Adam Sinclair


Aishah Sinclair tealh menulis komen tentang Yuna yang telah bertunang dengan adiknya iaitu Adam Sinclair.

Aishah yang merupakan penyampai radio MIX.fm, telah memuatnaik foto ekspresi lucu wajah adiknya, Adam Sinclair ketika majlis pertunangannya bersama Yuna.

Foto gelagat dan mimik muka Adam sememangnya mencuit hati orang ramai.

Aishah telah memberi komen memuji kecantikkan Yuna

Ini komen Aishah:

"My future sister in law looking beautiful on the pelamin 




Kemudian satu lagi foto itu dikongsi oleh Aishah menerusi akaun Instagramnya tak lama selepas itu.

Selepas memuji kecantikkan Yuna, ternyata gelagat Adam itu membuatkan Aishah seperti mengeluh, ini tulisnya.

"Manakala adik saya pula.... Haish,"



Dah kenapa Adam Sinclair tu? Haha sudah semestinya sedang excited dan seronok kan.

Adam memang seorang yang kelakar dan sesuai dengan nama IG nya iaitu "AdamYouSoFunny"

Selain itu, Aishah juga turut berkongsi beberapa foto majlis di pertunangan Adam dan Yuna di laman instagram miliknya.

Ashraf Sinclair dan isterinya penyanyi popular Bunga Citra Lestari juga hadir di majlis tersebut.

Tahniah diucapkan buat Yuna dan Adam.

"Memang pantang kalau gadis muda duduk bertenggek pada suami orang" - Che Ta

"Mana-mana wanita pun akan meroyan " - Rozita Che Wan


Apabila kes rumahtangga Aliff Aziz menjadi viral, ramai yang memberi komen dan pandangan di laman media sosial.

Antara status dalam laman sosial yang menjadi perhatian ialah caption dari Rozita Che Wan.

Minggu lepas Che Ta ada menulis di alaman Instagram miliknya:

“Tiba-tiba keluar pula cover topik ni. Muda atau tua tak penting..yang penting jangan rembat laki orang...betul tak? kita memang la jaga laki kita, tapi syaitan juga berleluasa... harap-harap jangan la siapa pula dok rembat laki kami oii...”

Komen dari Che Ta itu memang menjadi viral dan dipersetujui orang ramai.

Bagi Che Ta pula, dia ada jawapannya sendiri dan mengakui tidak berniat menujukan kata-kata itu pada sesiapa.

Bagi Che Ta, dia memang pantang kalau gadis muda duduk bertenggek pada suami orang. Katanya, mereka sebagai wanita seharusnya memahami hati dan perasaan wanita bergelar isteri.


Ini penjelasan dari Che Ta:

“Saya tiada niat nak perli siapa-siapa pun. Cuma masa cover Metro Ahad dan kapsyen saya kebetulan keluar pada waktu cerita Aliff-Bella tengah panas,”

“Mana hati dan perasaan mereka sebagai wanita? Mereka belum kahwin dan belum rasa hak sendiri tercabar. Mereka tidak tahu macam mana luluhnya hati seorang isteri.

“Apatah lagi dalam situasi yang berlaku baru-baru ini, Bella dalam pantang, baru 20 hari melahirkan anak. Mana-mana wanita pun akan meroyan tetapi hati si isteri sungguh mulia, sanggup memaafkan suami,” 


Che Ta berkahwin dengan Zain Saidin pada 11 Disember 2013 dan hasil perkahwinan itu dikurniakan anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana.

Sumber: Rotikaya

"Kawan Punca Penceraian" - Pendedahan Pelakon Tentang Bulan, Fatin Afeefa

"Kawan Punca Penceraian" - Pendedahan Pelakon Tentang Bulan, Fatin Afeefa



Pasanagn selebriti Adam Shahz dan Fatin Afeefa kini disahakn telah bercerai talak satu.

Kedua-dua pelakon ini mengatakan punca penceraian adalah kerana pengaruh dan pergaulan rakan rakan.

Namun tiada kehadiran orang ketiga dalam rumah tangga mereka.

Ini komen Adam Shahz:

“Saya faham, sebelum ini rumah tangga kami pernah bergolak gara-gara isu saya membalas mesej seorang wanita. Demi Allah, di pihak saya, tiada orang ketiga. Kenyataan ini perlu juga dibuat bagi menjelaskan situasi kami yang sebenar, agar tiada lagi pihak yang bertanya”

“Orang tuduh saya macam-macam, kononnya sayalah punca rumah tangga kami berkecai. Apa yang saya boleh katakan, keretakan ini berpunca daripada pergaulan kawan. Saya tidak mahu menyalahkan mana-mana pihak”

“Lagipun kami berbaik dan masih lagi keluar bersama demi anak-anak. Saya tak mahu mengeruhkan keadaan kerana kami saling memerlukan antara satu sama lain untuk membesarkan mereka,”


Ini pula komen Fatin Afeefa, yang popular menerusi filem Tentang Bulan:

“Perceraian ini mengajar saya supaya berhati-hati memilih kawan bagi memastikan diri tidak terpengaruh dengan perkara negatif. Selain itu, kita juga tidak tahu agenda di sebalik keikhlasan mereka berkawan dengan kita,”

Adam Shahz telah menceraikan Fatin Afeefa dengan talak satu pada 30 Mei lalu di Mahkamah Syariah Petaling Jaya.

Sebelum itu, Fatin telah memfailkan perceraian pada 15 Mei lalu

Adam dan Fatin Afeefa mendirikan rumah tangga pada Disember 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata

(FOTO) Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr Mohd Izzar

(FOTO) Sekitar Kemeriahan Majlis Pernikahan Ummi Nazeera Dan Dr Mohd Izzar



Ummi Nazeera disahkan telah selamat bernikah dengan lelaki pilihan keluarganya, Dr. Mohd. Izzar Anwari Dato’ Sri Abdul Khani dalam satu majlis tertutup pada 23 Julai lalu.

Majlis itu pada asalnya mahu dibuat pada awal Ogos namun telah diawalkan.

Ummi berkata, dia mengambil keputusan untuk mempercepatkan majlis itu bagi menghormati permintaan keluarga.

Ini komen Ummi Nazeera:

“Saya mengaku sudah bergelar isteri Izzar sejak 23 Julai lalu kerana menuruti keputusan keluarga agar pernikahan ini diadakan lebih awal daripada tarikh dirancang,”

“Saya kena lebih berhati-hati dalam setiap perkara kerana sekarang hidup berdua bersama suami. Kalau hendak merajuk atau marah, kena berfikir banyak kali disebabkan takut rasa berdosa dengan suami”

“Cuma agak sedih apabila kami terpaksa berpisah selepas setengah hari bernikah kerana Izzar masih lagi bertugas di Sarawak. Yang pasti, saya perasan bahawa suami menjadi lebih romantik selepas berkahwin,


Ummi Nazeera sah diijabkabulkan bersama suaminya dengan sekali lafaz pada jam 10.45 pagi di kediaman adik kepada bapa Ummi, Yang Berbahagia Dato’ Aziz Mat Akhir di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Hanya 20 tetamu diundang pada majlis pernikahan mereka.

Antara yang hadir di majlis akad nikah itu ialah bonda Sultan Terengganu, Yang Teramat Mulia Tengku Besar Terengganu Sharifah Nong Fatimah Syed Abdullah Al-Saggof, isteri Aziz, Yang Amat Mulia Tengku Dato’ Rahimah Almarhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah, ibu serta abang Ummi, Dato’ Sri Maziah Musa dan Dato’ Ahmad Nazreem Azrul Hidayat, bapa serta ibu Izzar, Dato Sri Abdul Khani Daud dan Datin Sri Nurah Abdul Rahman.

Satu khutbah nikah disampaikan oleh Imam Besar Masjid Wilayah, Dato’ Rashidy Jamil Al-Rashid.

Jumlah mas kahwin telah dirahsiakan dan Ummi Nazeera menerima tujuh dulang hantaran berbalas sembilan kepada pihak lelaki.

Ummi memberitahu, dia kini berasa lebih gembira dan tenang selepas memasuki 11 hari mendirikan rumah tangga.

Pasangan baru berkahwin itu merancang untuk berbulan madu di Sabah dan Switzerland tidak lama lagi.

Resepsi persandingan pasangan itu akan diadakan di Hotel Shangri-La pada Sabtu ini dan diikuti di Dewan Bankuet Menara Felda, Persiaran KLCC di sini 12 Ogos ini.










Situasi Yang Menyedihkan Buat Atikah Suhaime, 6 Bulan Tiada Job, Duit Simpanan Nak Habis

Situasi Yang Menyedihkan Buat Atikah Suhaime, 6 Bulan Tiada Job, Duit Simpanan Nak Habis


Atikah Suhaime melalui situasi amat menyedihkan dalam kerjaya seninya dan kerana tiada tawaran berlakon, dia terpaksa menjadi pegawai pemasaran.

Pelakon ini akui terpaksa pulang ke Singapura untuk bekerja di sebuah syarikat swasta kerana wang simpanannya sepanjang menjadi artis sudah habis digunakan.

Ini komennya:

"Selama enam bulan saya tak dapat apa-apa tawaran sehingga terpaksa menggunakan duit simpanan untuk menampung perbelanjaan.

"Jujur saya katakan disebabkan duit simpanan pun nak habis, saya nekad untuk pulang ke Singapura dan bekerja di sana sahaja.


"Kini saya sedang bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pegawai pemasaran sejak awal bulan Julai lalu. Saya tak letakkan masa berapa lama akan berehat tapi Insya-Allah saya akan kembali dalam dunia seni,"


Atikah menjadi tumpuan ekoran kontrversi yang melanda dirinya apabila gambar tak senonoh yang mirip wajahnya tersebar.

Oleh kerana fobia tak ada tawaran berlakon, Atikah mengambil keputusan untuk pulang ke Singapura.

Beberapa hari lalu, Atikah Suhaime ada memberi gambaran untuk berehat dari dunia lakonan.

Menerusi caption di laman IG yang ditulisnya, keputusan dibuat adalah sukar tetapi berehat adalah perkara terbaik untuknya pada masa ini.

Dikatakan semangatnya juga sudah hilang. Namun gambar tersebut telah dipadamnya atas permintaan emaknya.

Sumber: mStar

"Kehidupan Saya Kini Amat Struggle" - Ramai Mula Perasan Perubahan Mendadak Izreen Azminda

"Kehidupan Saya Kini Amat Struggle" - Perubahan Mendadak Izreen Azminda



Kini memang jarang melihat Izreen Azminda muncul di majlis-majlis hiburan.

Dikatakan Izreen kini amat sibuk dengan jadual kerja yang padat.

Akhirnya tuan punya badan tampil menyatakan dia kini menumpukan seratus peratus pada kerja kerana ingin menampung keluarganya.

Izreen Azminda akui kini agak struggle berbanding dulu dan perlu kerja keras untuk sara kehidupannya sebagai ibu tunggal dan menjaga anak lelakinya.

Malah kini Izreen Azminda juga menjaga ibunya yang sedang sakit.

Ini komen Izreen Azminda:

DULU MINAT, SEKARANG DEMI PENDAPATAN

“Dulu saya berlakon tanpa sebarang tekanan kerana minat mendahului segala-galanya, namun situasi sekarang menjadi berbeza apabila saya perlu bekerja keras untuk memastikan pendapatan bulanan saya mencukupi untuk menyara anak dan keluarga.

“Jadi saya sangat menghargai setiap peluang yang datang dengan melakukan kerja dengan sehabis baik agar tidak mengecewakan pihak produksi dan juga penonton yang menyokong kerjaya selama ini,”


“Alhamdulillah, setakat ini tawaran berlakon masih menyebelahi saya secara konsisten dalam usaha saya meneruskan kesinambungan kerjaya lakonan.

“Namun kadang-kala ada di antaranya yang terpaksa saya tolak kerana skrip yang tidak sesuai termasuk beberapa sebab lain yang tidak dapat dielakkan demi menjaga kualiti kerja saya,”



KINI STRUGGLE

“Kehidupan saya sekarang sangat struggle berbanding dulu kerana perlu menggalas tanggungjawab untuk menjaga anak, ibu dan diri saya sendiri juga yang kadang-kala tidak terurus.

“Dulu, ibu akan menjaga anak ketika saya keluar bekerja dan situasi itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya, namun semenjak dia sakit saya kena uruskan semuanya sendiri termasuk menjaga ibu.

“Disebabkan keadaan itu jugalah saya tidak akan mengambil tawaran berlakon yang memerlukan saya bekerja di luar Lembah Klang kerana tidak boleh meninggalkan mereka di rumah lama-lama, ”


PENGORBANAN

“Tipulah kalau saya kata kehidupan saya berjalan lancar setiap hari kerana ada ketika saya juga merasa tertekan bila banyak benda yang perlu saya uruskan sendiri.

“Namun saya sentiasa berfikiran positif, malah menganggap inilah pengorbanan saya untuk orang yang saya sayang kerana mereka sahajalah harta yang saya ada hari ini,”


RAMAI PERASAN BERAT SEMAKIN SUSUT

“Sebenarnya saya tak perasaan sangat pun yang saya dah makin kurus, tapi bila ramai yang tegur kata berat saya dah susut, barulah saya sedar yang berat saya sekarang hanyalah 50kg dan kehilangan 5kg berbanding sebelumnya.

“Saya kurus bukan sebab diet atau apa-apa yang dilakukan dengan sengaja, sebaliknya ia berlaku kerana saya terlalu sibuk dengan kerja di mana saya bekerja tanpa henti semenjak awal tahun tempoh hari.

“Bayangkan saya keluar pagi dan balik pagi hampir setiap hari selama beberapa bulan tanpa henti menyebabkan saya tidak cukup tidur dan rehat selain waktu yang tidak menentu,”


Memang seorang ibu dan anak yang baik Izreen Azminda ni.

Semoga Izreen Azminda sentiasa sukses dan berjaya dalam semua perkara. Semoga sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.

Sumber: Sinarharian

"Hebat Aliff Aziz Ni"- Abby Abadi Tampil Beri Pandangan

"Hebat Aliff Aziz Ni"- Abby Abadi Tampil Beri Pandangan


Selebriti Abby Abadi telah tampil memberi pandangannya tentang isu Aliff Aziz.

Apabila Aliff Aziz mengaku salah, ternyata Abby Abadi mengagumi Aliff Aziz yang berani tampil dan tidak mereka-reka cerita.

Kata Abby Abadi semua manusia lakukan kesilapan termasuklah Aliff Aziz dan diharapkan kisah ini dijadikan pedoman.

Jom baca komen dari Abby Abadi:

Hebat lelaki ini ❤️

Dia bersalah
Dan dia mengaku kesalahan dia
Dia tak reka2 cerita
Untuk selamatkan diri
Tahniah Aliff Aziz

Semua manusia melakukan kesilapan
Cuma awk 'bernasib baik'
Sebab ALLAH sedarkan awak
Cepat... berbanding yang lain .
Muhasabah diri k
ALLAH uji sebab ALLAH sayang
Semoga menjadi pedoman
Untuk menjadikan awak
Seorang lelaki yg lebih baik lagi
Untuk hari2 seterusnya
Ye adik ye

Dan semoga menjadi pedoman juga
Kepada kita semua
Baik lelaki baik perempuan
Baik suami atau isteri orang
Tua muda miskin kaya
Selagi bergelar manusia
Sama2 perbaiki apa yg kurang
Selagi ALLAH izinkan
Dan beri peluang

PS: Kirim salam isteri & keluarga. Jaga hak ALLAH, ALLAH akan jaga kita. Yakinnnnnn


#Dua2punSalah #MintaMaafJe #JanganPusingKeliling


Sumber: IG Abby Abadi

"Siapa Tak Nak Lelaki Macam Tu.." - Hannah Delisha

"Siapa Tak Nak Lelaki Macam Tu.." - Hannah Delisha



Pelakon utama drama Mencintaimu Mr. Photographer, Hannah Delisha kini semakin popular dengan mendadak.

Draam itu benar-benar melonjak nama Hannah Delisha.

Apabila dah popular, mulalah orang ramai bertanya tentang kisah peribadi seperti teman lelaki dan lelaki idaman.

Baru-baru ini, Hannah Delisha telah bercerita tentang lelaki idamannya.

Hannah akui mahu lelaki yang sentiasa mengucapkan kata-kata manis sebagai kekasihnya.

Pelakon jelita dari Singpura ini berkata dia berharap akan bertemu seorang lelaki yang betul-betul mencintai dirinya.

Ini komennya:

"Kalau boleh sudah semestinya saya mahukan seorang lelaki yang pandai dan boleh mengeluarkan kata-kata manis kepada saya.

"Tetapi kata-kata yang dituturkan itu harus jujur dari hatinya dan bukannya sekadar ayat-ayat manis sahaja.

"Saya yakin lelaki seperti ini masih ada cuma buat masa sekarang saya masih belum jumpa dengan jejaka seperti itu.

"Saya rasa bukan saya sahaja yang menginginkan kerana semua wanita juga kalau boleh mahukan lelaki seperti itu,"


Hannah berkata demikian ketika diminta untuk mengulas mengenai ciri-ciri lelaki idamannya.

Sumber: AstroGempak

"Jangan Cari Salah Orang Lain" - Ini Respon Balas Suami Anzalna, Hanif Zaki

"Jangan Cari Salah Orang Lain" - Ini Respon Balas Suami Anzalna, Hanif Zaki



Kes kontroversi antara Aliff Aziz dan Afifah Nasir turut membuatkan Anzalna terlibat sama.

Ini selepas pelakon popular ini memberi gelaran "meroyan" kepada isteri Aliff Aziz.

Teruk Anzalna dikecam orang ramai kerana kenyataannya itu.

Kemudian, Anzalna akhirnya membuat permohonan maaf kepada Bella dan juga orang ramai.

Anzalna akui kesilapannya membuat komen sebegitu.

Apabila Anzalna membuat kenyataan permohonan maaf, suaminya Hanif Zaki turut memberi sokongan penuh.

Hanif Zaki berharap orang ramai terima permohonan maaf dari isterinya.

Hanif Zaki juga berharap orang ramai tidak lagi mencemuh isterinya itu.

Ini komen dari suami Anzalna ini:

Alhamdulillah, inilah kenyataan dari isteri saya. 

Janganlah mencari kesalahan orang lain hanya untuk melemahkannya, kerana kitapun belum tentu lebih baik darinya. 

Akan selalu terlihat salah oleh orang yang tidak boleh berbesar hati melihat di sebaliknya. 

Buat yg MENGUTUK, MEMERLI lagi pula MENGEJI, Semoga sentiasa dirahmati oleh Allah swt. 

InsyaAllah disusuli oleh kenyataaan dari adik ipar saya. 



Kini hanya Afifah shaja belum lagi membuat sebarang kenyataan atau permohonan maaf. Mungkin perlu ambil masa.


Aliff Aziz Luah Rasa Hairan, Mana Afifah Nasir Hilangkan Diri

Aliff Aziz Luah Rasa Hairan, Mana Afifah Nasir Hilangkan Diri



Penggambaran drama lakonan Alif Aziz dan juga Afifah Nasir telah tertangguh gara-gara dia ditahan polis dan kontroversi yang melanda kedua duanya.

Aliff Aziz mahu penggambaran ini cepat habis dan memohon Afifah Nasir kembali ke set penggambaran.

Dikatakan penggambaran drama berjudul "Izinkan Aku Mencintaimu" hanya berbaki lima hari sahaja lagi namun tidak dapat diteruskan kerana Afifah Nasir menghilangkan diri.

Afifah Nasir memberi alasan masalah kesihatan malah dikatakan ada surat dari doktor.

Ini komen Aliff Aziz:

"Saya minta maaf kepada pihak produksi yang terjejas dengan isu ini. Selepas saya keluar dari lokap keesokan harinya (Sabtu) saya terus ke lokasi penggambaran kerana tak mahu menyusahkan mereka," 

"Saya harap sangat Afifah bersikap profesional dan habiskan penggambaran ini, kasihan pada pihak produksi yang akan menanggung kerugian,"

Menurut Aliff, pihak produksi memberitahunya Afifah menghadapi masalah kesihatan dan akan datang ke lokasi pada hari berikutnya namun dia tidak juga muncul.

Semalam Anzalna kakak kepada Afifah Nasir ada membuat permohonan maaf kerana menggelar Bella meroyan. (BACA SINI)

Anzalna memberitahu, tentang isu dan perkara lain, kenalah tunggu dari Afifah Nasir sendiri untuk memberi kenyataan.

Ramai kini tertunggu-tunggu kenyataan dari Afifah Nasir pula.

Baca full statement dari Aliff Aziz di press conference (BACA SINI)

Sumber: Rotikaya