"Kehidupan Saya Kini Amat Struggle" - Ramai Mula Perasan Perubahan Mendadak Izreen Azminda

"Kehidupan Saya Kini Amat Struggle" - Perubahan Mendadak Izreen Azminda



Kini memang jarang melihat Izreen Azminda muncul di majlis-majlis hiburan.

Dikatakan Izreen kini amat sibuk dengan jadual kerja yang padat.

Akhirnya tuan punya badan tampil menyatakan dia kini menumpukan seratus peratus pada kerja kerana ingin menampung keluarganya.

Izreen Azminda akui kini agak struggle berbanding dulu dan perlu kerja keras untuk sara kehidupannya sebagai ibu tunggal dan menjaga anak lelakinya.

Malah kini Izreen Azminda juga menjaga ibunya yang sedang sakit.

Ini komen Izreen Azminda:

DULU MINAT, SEKARANG DEMI PENDAPATAN

“Dulu saya berlakon tanpa sebarang tekanan kerana minat mendahului segala-galanya, namun situasi sekarang menjadi berbeza apabila saya perlu bekerja keras untuk memastikan pendapatan bulanan saya mencukupi untuk menyara anak dan keluarga.

“Jadi saya sangat menghargai setiap peluang yang datang dengan melakukan kerja dengan sehabis baik agar tidak mengecewakan pihak produksi dan juga penonton yang menyokong kerjaya selama ini,”


“Alhamdulillah, setakat ini tawaran berlakon masih menyebelahi saya secara konsisten dalam usaha saya meneruskan kesinambungan kerjaya lakonan.

“Namun kadang-kala ada di antaranya yang terpaksa saya tolak kerana skrip yang tidak sesuai termasuk beberapa sebab lain yang tidak dapat dielakkan demi menjaga kualiti kerja saya,”



KINI STRUGGLE

“Kehidupan saya sekarang sangat struggle berbanding dulu kerana perlu menggalas tanggungjawab untuk menjaga anak, ibu dan diri saya sendiri juga yang kadang-kala tidak terurus.

“Dulu, ibu akan menjaga anak ketika saya keluar bekerja dan situasi itu sedikit sebanyak membantu meringankan beban saya, namun semenjak dia sakit saya kena uruskan semuanya sendiri termasuk menjaga ibu.

“Disebabkan keadaan itu jugalah saya tidak akan mengambil tawaran berlakon yang memerlukan saya bekerja di luar Lembah Klang kerana tidak boleh meninggalkan mereka di rumah lama-lama, ”


PENGORBANAN

“Tipulah kalau saya kata kehidupan saya berjalan lancar setiap hari kerana ada ketika saya juga merasa tertekan bila banyak benda yang perlu saya uruskan sendiri.

“Namun saya sentiasa berfikiran positif, malah menganggap inilah pengorbanan saya untuk orang yang saya sayang kerana mereka sahajalah harta yang saya ada hari ini,”


RAMAI PERASAN BERAT SEMAKIN SUSUT

“Sebenarnya saya tak perasaan sangat pun yang saya dah makin kurus, tapi bila ramai yang tegur kata berat saya dah susut, barulah saya sedar yang berat saya sekarang hanyalah 50kg dan kehilangan 5kg berbanding sebelumnya.

“Saya kurus bukan sebab diet atau apa-apa yang dilakukan dengan sengaja, sebaliknya ia berlaku kerana saya terlalu sibuk dengan kerja di mana saya bekerja tanpa henti semenjak awal tahun tempoh hari.

“Bayangkan saya keluar pagi dan balik pagi hampir setiap hari selama beberapa bulan tanpa henti menyebabkan saya tidak cukup tidur dan rehat selain waktu yang tidak menentu,”


Memang seorang ibu dan anak yang baik Izreen Azminda ni.

Semoga Izreen Azminda sentiasa sukses dan berjaya dalam semua perkara. Semoga sentiasa bahagia bersama keluarga tersayang.

Sumber: Sinarharian

0 comments:

Post a Comment