Fesyen Jarang Jadi Tumpuan, Puteri Aishah Tak Perasan..Tiada Cermin
Pelakon baru Puteri Aishah akui dia tidak perasan baju yang dipakainya jarang sampai nampak pakaian dalamnya.
Puteri Aishah mengenakan fesyen terbarunya di pertunjukan fesyen sempena Kuala Lumpur Fashion Week 2017 (KLFW) di pusat beli-belah terkemuka baru-baru ini.
Ini foto nya:
Gambarnya memakai baju itu menjadi viral di laman sosial dan pelakon ini telah dikecam hebat oleh netizen.
Oleh kerana Puteri Aishah menerima kecaman yang agak teruk, Puteri Aishah juga terpaksa menutup ruangan komen di Instagram.
Puteri Aishah ketika di hubungi wartawan Harian Metro mengatakan dia tidak perasan baju itu jarang ketika mencubanya di belakang pentas pada hari pertunjukan berkenaan.
Ini komennya:
"Saya juga menukar baju itu belakang pentas dan memang tiada cermin disediakan di situ.
"Namun, apabila jurugambar merakam gambar saya ketika di pentas, baju itu nampak jarang kerana terkena cahaya dan lampu,"
Untuk pengetahuan, Puteri Aishah merupakan bekas peserta pertandingan Dewi Remaja 2015/2016.
Sumber: Harian Metro
0 comments:
Post a Comment