"Itu Yang Pertama Dan Terakhir" - Aliff Aziz Umum Tidak Akan Berlakon Lagi Dengan Afifah Nasir
Isu antara Aliff Aziz dan Afifah Nasir akhirnya telah berakhir.
Selepas selesai penggambaran drama "Izinkan Aku Mencintaimu", Aliff Aziz membuat pengakuan tidak akan berganding dengan Afifah Nasir lagi.
Ini komennya:
“Saya lihat ada manusia yang sanggup buat apa saja untuk kepentingan dan menutup khilaf diri”
“Saya percaya buat masa ini, heroin lain pun akan berhati-hati jika dapat tahu akan bergandingan dengan saya. Begitu juga dengan saya”
“Namun, secara khusus buat pelakon itu (Afifah Nasir), gandingan kami ini mungkin yang pertama dan terakhir. Noktah”
“Saya berbuat begitu kerana mahu mengelak kesan dan perkara lama terbuka semula. Lebih baik saya jauhi,”
“Saya pula tidak serik untuk bekerja dengan produksi ini. Namun, dengan apa yang terjadi dan andai ada peluang bekerjasama di bawah produksi sama, saya kena lebih berhati-hati”
“Saya juga berharap produksi ini tak serik untuk menawarkan saya peluang berlakon lagi,”
Semoga sukses selalu buat Aliff Aziz.
Sumber: BH
0 comments:
Post a Comment