"Saya akan dedahkan segala bukti.." - Ini Respon Balas Joy Revfa Selepas Hafiz Hamidun Buat Sidang Media

Ini Respon Balas Joy Revfa Selepas Hafiz Hamidun Buat Sidang Media



Isteri Hafiz Hamidun, Joy Revfa telah meluahkan rasa kecewa selepas suaminya membuat sidang media semalam.

Joy Revfa kecewa apabila dokumen permohonan cerai faraq atau pembubaran nikah yang diserahkan ke pejabat agama pada 18 Ogos lalu dipertikai oleh Hafiz Hamidun.


Kata Hafiz Hamidun di sidang media, sepatutnya Hafiz yang akan failkan permohonan faraq dan jika Joy yakin pernikahan mereka sah, mengapa Joy pula tiba-tiba perlu buat permohonan faraq.

Komen Hafiz ini ternyata membuat Joy kecewa, ini komennya:

"Saya kecewa apabila dokumen yang dibawa bertemu pihak media semalam dipertikai.

"Buat masa sekarang peguam menasihati saya supaya tidak memberikan sebarang komen kerana prosiding belum selesai. Saya tak nak timbul isu lain pula seperti kerja kotor dan penyebaran fitnah,"

"Cukuplah! Berhenti berkata yang bukan-bukan. Ini hal perkahwinan dan membabitkan maruah saya. Ia tidak ada kaitan dengan pemasaran perniagaan atau sengaja mencetus sensasi.

"Tunggu saja 14 September nanti. Saya akan dedahkan segala bukti dan maklumat yang ada. Di mahkamah nanti saya akan cerita lebih lanjut siapa yang salah memberikan nasihat, siap bersama saya dan kenapa dokuman ini dibuat,”


Selain itu, Joy menafikan segala tindakannya itu sebahagian daripada strategi pemasaran produknya.

Joy mendakwa telah dimanipulasi pihak tertentu.

Di laman media sosial miliknya, ini pula tulis Joy Revfa:

"Mungkin Allah swt sedang meletakkan dirimu di busurnya, menarik mu jauh ke belakang.. Agar disaat kau dilepaskan, kau memiliki daya dorong yang kuat mencapai sasaran.. #bersabar #janjiallahitupasti #baiknyaallah

"Sabarlah teman2 semua.. Biar lah mahkamah yg tentukan keputusan nanti.. Biar yg lebih Arif menjalankan tugas mereka.. Apa2 pun, terima kasih kpd yg mendoakan yg baik2. Saya juga doa yg terbaik utk anda

Apapun semoga baik-baik sahaja semuanya. Kita tunggu keputusan pihak mahkamah pada bulan September nanti tentang isu ini.

0 comments:

Post a Comment