Elizabeth Tan Menangis, Akui Nyaris Bunuh Diri, Alami Tekanan Jiwa
Elizabeth Tan telah menangis ketika meluahkan perasaan apa yang berlaku kepada dirinya sejak akhir-akhir ini.
Penyanyi jelita ini akui nyaris membunuh diri kerana mengalami tekanan jiwa beberapa bulan yang lalu.
Ternyata terlalu tertekan dan tidak dapat berfikir panjang juga menyebabkan dia seperti hilang akal dan mengambil keputusan untuk bunuh diri.
Ini pendedahan dari Elizabeth Tan:
"Ia kisah yang sangat panjang untuk saya ceritakan, tapi apa yang boleh saya beritahu, ketika itu saya mengalami tekanan dalam hidup saya.
"Saya tertekan dengan beberapa siri kehidupan yang saya alami ketika itu termasuk masalah percintaan, peribadi, keluarga dan agama.
"Saya juga terfikir untuk menamatkan hidup saya waktu itu kerana saya rasa seperti sudah tiada tujuan hidup.
"Saya hilang akal hingga tidak mengenali diri saya.
"Saya minta maaf kerana menangis kerana sedikit emosi ketika ini,"
"Mujur saya ada keluarga terutama ibu yang sentiasa memberi semangat dan sokongan serta menerima saya dengan baik, walaupun saya pernah melakukan kesalahan besar.
"Sepanjang tempoh menstabilkan emosi, Ibu yang banyak membantu dan memberi nasihat serta menjaga saya selama dua minggu.
"Saya juga bertuah kerana ada rakan yang menasihati supaya saya tidak melakukan perkara yang sia-sia.
"Saya bersyukur kerana sempat berfikir secara rasional dan segera sedar,"
Elizabeth Tan membuat pendedahan ini ketika ditemui di majlis pelancaran single terbaharunya berjudul Darling di pejabat Warner Music, Malaysia.
Elizabeth Tan sebelum ini mengakui hubungan cintanya dengan seorang ahli perniagaan terputus disebabkan orang ketiga.
Sumber; AstroGempak
0 comments:
Post a Comment