(TERKINI) Joy Revfa Akhirnya Dedah Bukti Bahawa Hafiz Hamidun Yang Buka Aib Terlebih Dahulu
Pengarah JAIS akhirnya bersuara dan memberi kenyataan tentang kemelut rumah tangga Hafiz Hamidun dan juga Joy Revfa.
Ternyata pihak JAIS memberi kebenaran bahawa pernikahan pasangan ini telah diberi kebenaran kerana bekas suami Joy sendiri akui telah menceraikan Joy Revfa.
Baca kenyataan penuh dari pengarah JAIS (BACA SINI).
Melalui laman media sosial miliknya, Joy Revfa meluahkan rasa syukur kerana pengarah JAIS seperti mengiyakan penceraian telah berlaku kepada nya dan juga bekas suami Datuk Ray.
Selain itu, Joy Revfa juga menegaskan bahawa dia telah diabaikan dan dibiarkan oleh Hafiz Hamidun.
Malah Joy Revfa juga mendedahkan bahawa Hafiz Hamidun yang terlebih dahulu membuka aib dan memberi kenyataan menyebabkan ruamh tangga mereka diketahui mempunyai masalah.
Ini komen penuh dari Joy Revfa:
Syukur alhamdulilah.. Sembah syukur kpd Allah swt..
Terima kasih Tuan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Haris Kasim. Ternyata NIKAH ini adalah sah dan saya telah diabaikan & digantung tanpa tali sejak 23 Mei 2017 yg lalu.
Tolong hentikan hinaan & cacian anda terhadap saya bahwa saya masih lagi isteri orang apabila berkahwin dgn dia... Kepada yg menghina saya pe!acur & anak saya adalah anak haram itu, saya maafkan... dan saya doakan anda semua mendapat keluarga Sakinah, Mawaddah & Warahmah seperti apa yg selalu saya impikan..
Selama ini saya cuba bertahan.. Saya tak salahkan keluarga kerana wajar keluarga saya bersuara & turut campur tangan kerana hanya mereka melihat penderitaan & mendengar tangisan saya selama ini..
Di mahkamah nanti akan saya maklumkan siapa yang salah menasihati saya untuk buat takliq, dan akhirnya digunakan mengatakan saya diragui. Doakan saya menegakkan keadilan & maruah sebagai seorang wanita.
[ Utk Pengetahuan Semua ]
Jika anda mengatakan saya yang terlebih dahulu membuka aib.. ternyata anda silap, dia yg terlebih dahulu mengaibkan saya pada media.
Artikal awal yang membuat netizen terbau tentang pergolakkan kisah kami :
4 July 2017
- Apabila wartawan MSTAR Online bertanya apa respon dia tentang gambar billboard saya yang terlihat agak s3ksi, dia sendiri memberitahu pada media yang saya telah "block" account IG nya sedangkan itu tidak benar.. sumpah saya tak block IG dia..
Lalu media telah sebarkan berita itu yang keluar dari mulutnya sehingga saya dikecam teruk dikatakan isteri derhaka.. Allah.. (Sudahlah sedih diabaikan & kena kecam pulak dahh..!) Bukan kah sepatutnya dia sebagai suami harus mempertahankan saya & bukan memfitnah/mengaibkan saya terlebih dahulu.. Allah..
10 Ogos 2017
- Dia telah memadam semua gambar saya dari acc instagram nya. Ini membuat ramai yg membuat andaian negatif & blogger mula menulis tentang kontroversi & pergolakan ini.
Tapi, tak mengapa lah, saya tak salahkan dia.. Saya yang sentiasa percaya dengan Qada' & Qadar .. kerana saya yakin, apa pun yang terjadi tidak ada yang KEBETULAN, semua yang terjadi adalah KETENTUAN dari Allah swt.. Pasti akan hadir hikmah terindah nanti... #allahmahamengetahui
Itulah penjelasan dari pihak Joy Revfa tentang siapa yang mulakan membuka aib dan cerita kepada pihak media.
0 comments:
Post a Comment