Aliff Aziz Luah Rasa Hairan, Mana Afifah Nasir Hilangkan Diri
Penggambaran drama lakonan Alif Aziz dan juga Afifah Nasir telah tertangguh gara-gara dia ditahan polis dan kontroversi yang melanda kedua duanya.
Aliff Aziz mahu penggambaran ini cepat habis dan memohon Afifah Nasir kembali ke set penggambaran.
Dikatakan penggambaran drama berjudul "Izinkan Aku Mencintaimu" hanya berbaki lima hari sahaja lagi namun tidak dapat diteruskan kerana Afifah Nasir menghilangkan diri.
Afifah Nasir memberi alasan masalah kesihatan malah dikatakan ada surat dari doktor.
Ini komen Aliff Aziz:
"Saya minta maaf kepada pihak produksi yang terjejas dengan isu ini. Selepas saya keluar dari lokap keesokan harinya (Sabtu) saya terus ke lokasi penggambaran kerana tak mahu menyusahkan mereka,"
"Saya harap sangat Afifah bersikap profesional dan habiskan penggambaran ini, kasihan pada pihak produksi yang akan menanggung kerugian,"
Menurut Aliff, pihak produksi memberitahunya Afifah menghadapi masalah kesihatan dan akan datang ke lokasi pada hari berikutnya namun dia tidak juga muncul.
Semalam Anzalna kakak kepada Afifah Nasir ada membuat permohonan maaf kerana menggelar Bella meroyan. (BACA SINI)
Anzalna memberitahu, tentang isu dan perkara lain, kenalah tunggu dari Afifah Nasir sendiri untuk memberi kenyataan.
Ramai kini tertunggu-tunggu kenyataan dari Afifah Nasir pula.
Baca full statement dari Aliff Aziz di press conference (BACA SINI)
Sumber: Rotikaya
0 comments:
Post a Comment