Seorang Lagi Produser Popular Dedah Sikap Aliff Aziz Di Set Penggambaran Ketika Berlakon Dengan Mira Filzah
Nama Aliff Aziz kini amat popular dan terus sinonim dengan gelaran 'bad boy' kerana pelbagai kontroversi yang melanda.
Kini seorang lagi produser mendedahakan sisi lain dari Aliff Aziz.
Walaupun Aliff Aziz sering dikritik kerana pernah dikatakan tidak berdisiplin, produser Zeel Production pula memuji sikap artis itu.
Pemilik syarikat itu iaitu Fadzil Teh berkata, Aliff Aziz menunjukkan disiplin yang baik sepanjang penggambaran drama terbitannya iaitu "Meh Sandar Lagi" lakonan bersama Mira Filzah.
Drama ini akan ditayangkan di TV3 bermula 28 Ogos ini.
Ini pendedahan dari Fadzil Teh yang lebih mesra disapa Hj Zil:
"Pengalaman bekerja dengannya sangat menyenangkan dan paling penting Aliff bersikap profesional ketika berada di set dan saya juga berpuas hati dengan disiplin ditunjukkan.
"Aliff mempunyai bakat besar sebagai pelakon dan sayang sekiranya bakat itu disia-siakan hanya kerana kesalahan dilakukannya,"
"Sebelum ini ada juga orang menyampaikan cerita kurang enak tentangnya tetapi saya tetap mengambilnya berlakon dan Alhamdulillah dia bukan seperti dikatakan.
"Dia tidak sempurna dan ada kelemahan tetapi secara keseluruhannya dia tunjuk usaha memperbaiki diri dan paling penting dia tidak timbulkan masalah,"
"Sepatutnya Aliff kembali ke set Meh Sandar Lagi lebih awal tetapi isu yang melanda dirinya membuatkan proses penggambaran tergendala seketika. Pihak kami memberi peluang kepadanya untuk selesaikan masalah,"
Meh Sandar Lagi turut menampilkan barisan pelakon seperti Mira Filzah, Haliza Misbun, Aisyah Ilias, Asyraff Aley, Nada Syuhada dan Alicia Amin.
Ia akan disiarkan menerusi slot Akasia pada setiap Isnin hingga Khamis, 7 malam.
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment