Setelah Joy Revfa Buat Kenyataan, Sejam Selepas Itu Ini Pula Komen Hafiz Hamidun
Pagi tadi, Joy Revfa telah membuat sedikit sidang media dan menceritakan apa sebenarnya yang berlaku ke atas perkahwinannya dengan Hafiz Hamidun.
Baca pendedahan Joy Revfa (DI SINI)
Sejam selepas itu, Hafiz Hamidun telah membuat live melalu laman media sosial Instagram miliknya.
Beliau memberitahu bahawa ada datang ke mahkamah untuk membuat permohonan faraq namun ditolak kerana Joy Revfa telah membuatnya terlabih dulu pada hari Jumaat yang lalu.
Ternyata Hafiz Hamidun terkejut dengan tindakan Joy Revfa yang membuat sidang media terlebih dahulu di mahkamah dan menceritakan perihal rumah tangganya.
Ini komennya:
"Saya tiada ulasan tentang perkahwinan tidak sah, anda akan ketahui tentang perkara itu tidak lama sahaja lagi selepas semua keputusan dan fakta sudah siap.
"Bukan saya berdiam diri, cuma saya ingin bercakap berlandaskan fakta bukan emosi semata-mata. Bagi saya sekarang bukan masanya lagi,"
"Sepatutnya hari ini dah selesai semuanya, tapi campur tangan banyak pihak membuatkan ia jadi rumit,"
Melalui live itu, Hafiz juga berkata dia hanya positif dengan apa yang berlaku dan kelihatan tenang.
Penyanyi ini juga berkata dia akan berbincang dengan pihak peguamnya dan akan memberi kenyatan rasmi tidak lama lagi dan ianya adalah berdasarkan fakta bukannya emosi.
Melalui laporan Berita Harian, ini pula komen Hafiz Hamidun:
“Kehadiran saya ke Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, pagi ini bagi mengikut prosedur memfailkan permohonan pembubaran perkahwinan, tetapi tidak dapat didaftar kerana berlaku pertindihan permohonan. Tanpa pengetahuan saya, dia terlebih dulu memfailkan permohonan sama Jumaat lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam”
“Mahkamah tidak boleh menerima dua permohonan daripada mahkamah berbeza. Seperti yang dipersetujui bersama, kami sebenarnya mahu menyelesaikan masalah ini secara baik tetapi nampaknya dia memulakan kenyataan umum menerusi sidang media”
“Jadi saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai isu ini. Saya akan memberi kenyataan selepas mendapat keputusan mahkamah. Kenyataan itu hanya berdasarkan fakta dan bukan emosi,”
Sama-sama kita tunggu kenyataan rasmi dari Hafiz Hamidun yang akan memberikan fakta-fakta tentang isu rumah tangganya yang didakwa tidak sah.
0 comments:
Post a Comment