"Itu Bukan Saya!" Jelas Adik Aliff Aziz, Aisyah Aziz

"Itu Bukan Saya!" Jelas Adik Aliff Aziz, Aisyah Aziz 



Aisyah Aziz merupakan adik kepada Aliff Aziz yang pernah menyertai Akademi Fantasia.

Baru-baru ini Aisyah Aziz terpalit kontroversi apabila ada pihak salah guna namanya/

Ternyata penyanyi tinggi lampai ini berang apabila ada pihak yang menggunakan namanya sebagai cara memperdayakan orang ramai.

Aisyah dikatakan akan memperkenalkan mereka yang mempunyai minat berlakon yang mahu mencuba nasib dalam industri seni tanah air.

Aisyah Aziz mendapat aduan daripada peminat yang terpedaya dengan penipuan itu.

Ini jelas Aisyah:

"Itu bukan saya!, saya juga terkejut dan marah apabila ada individu yang guna nama saya di aplikasi Wechat menawarkan peluang berlakon yang mana kononnya saya ada mencari pelakon baru.

"Saya dapat tahu bila ada peminat yang bertanya tentang perkara itu betul atau tidak daripada saya," 


"Peminat tolonglah jangan mudah percaya dengan nama-nama artis di laman sosial, lebih-lebih lagi yang menawarkan pelbagai perkara melibatkan wang.

"Sesiapa pun boleh menggunakan nama artis yang mereka mahu di laman sosial dan perkara itu sukar untuk dikawal,"


Tambah Aisyah lagi, dia juga tidak pernah berdaftar dan mempunyai aplikasi We Chat yang digunakan penipu terbabit.

Ini kali kedua namanya disalahguna oleh penipu sejak Aisyah Aziz bergelar artis.

Aisyah berharap peminat tidak mudah percaya dengan perkara dengan pengguna laman sosial yang menggunakan nama artis.

Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment