"Saya Tidak Pernah Buat Hubungan Suami Isteri, Tiduri Joy Revfa" - Hafiz Hamidun
Petang tadi Hafiz Hamidun telah membuat sidang media tentang isu rumah tangganya.
Baca isi kandungan penuh sidang media (DI SINI)
Yang menjadi perhatian, Hafiz Hamidun mengakui dirinya masih belum mengadakan hubungan kelamin dengan Joy Refva.
Ini komen Hafiz Hamidun:
"Bila membabitkan isu di awal-awal pernikahan, kita cuba jalankan tanggungjawab seperti suami isteri tetapi kerana ada keraguan saya bertindak untuk jauhakn diri dari lakukan perkara yang akan mendatangkan masalah akan datang.
"Saya tak pernah mengadakan hubungan kelamin sebagai seorang suami dengan Siti Arifah. Timbul keraguan mengenai status pernikahan saya bersama Siti Arifah berdasarkan beberapa faktor yang kuat.
"Biarpun selepas majlis pernikahan kami selesai, dia gagal menunjukkan surat cerai perkahwinannya yang lalu dan saya mengambil keputusan untuk tidak menyentuhnya,"
Baca isi kandungan penuh sidang media (DI SINI)
Ketika sidang media tersebut, Hafiz Hamidun kelihatan amat tenang walaupun ada soalan panas dari wartawan.
0 comments:
Post a Comment