Suami Adira, Datuk Red Umum Serius Cari Bakal Isteri Ke-3
Beberapa hari yang lalu, suami kepada penyanyi Adira iaitu Datuk Red akui pernah jalin hubungan dengan seorang pelakon dari Sabah.
Baca kisah hubungan dengan pelakon Sabah ( DI SINI )
Pelakon baru yang berasal dari Sabah itu hanya digelar sebagi "N" dan merupakan seorang peserta program realiti TV terkenal.
Adira akhirnya mengetahui hal itu dan hubungan Dato Red dan pelakon "N" itu telah berakhir.
Yang terbaru, melalui laporan portal hiburan popular Media Hiburan, Datuk Red bercerita kisah sebenarnya apa yang berlaku.
Usahawan ini sememangnya akui sedang serius mencari isteri ketiga.
Ini pendedahan Datuk Red:
“Ya memang benar saya sedang mengenali hati budinya. Tetapi saya sendiri tidak tahu apakah motifnya memecahkan rahsia dan mengadu semuanya pada Yayang (Adira).
“Saya serius sedang mencari isteri ketiga. Ini bukan main-main. Tetapi apalah nasib, saya cari yang serius saya dapat yang main-main,”
Katanya lagi, kedua isterinya tidak ada masalah tentang itu.
Namun begitu, dia kurang bersetuju cara pelakon bernama "N" itu memberitahu Adira tentang hubungan mereka.
Ini komennya lagi:
“Yayang okay sahaja, isteri pertama pun okay. Siap boleh makan bertambah. Cuma apa yang dia buat tu tak baiklah caranya.
“Dia buat Yayang (Adira) dengar cerita ni dari pihak lain bukan daripada saya sendiri.”
Apabila N memberitahu kisah kepada Adira, Datuk Red hanya mampu kata semuanya telah berakhir.
Malah mengatakan N gagal memenuhi kriteria yang dia mahukan sebagai seorang isteri.
Ini katanya lagi:
“Bagi saya, selepas penyebaran cerita ini hubungan kami berakhir begitu sahaja sebab saya memang tak nak N lagi. Dia langsung tidak memenuhi kriteria isteri yang saya cari.
“Bagi saya untuk menjadi salah seorang isteri haruslah ada sifat respek dan hormat semua orang sekeliling. Tetapi selepas apa yang jadi saya nampak N tiada ciri-ciri ini,”
Dari laporan Media Hiburan itu, Dato Red akui tidak serik untuk terus mencari calon bagi memenuhkan kuota.
0 comments:
Post a Comment