"Saya Bukan Penjenayah, Rasa Dianiaya Dan Disabotaj" - Pendedahan Shaheizy Sam

"Saya Bukan Penjenayah, Rasa Dianiaya Dan Disabotaj" - Pendedahan Shaheizy Sam



Pelakon popular Shaheizy Sam menjadi tumpuan kerana isu notis muflis yang dikeluarkan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Dikatakan Shaheizy Sam ada tunggakkan cukai dan berhutang sebanyak RM300 ribu.

~Baca kenyataan rasmi LHDN (DI SINI)

Pelakon Polis Evo ini meluahkan rasa hairan dengan tindakan LHDN menyiarkan notis muflis yang turut memaparkan data peribadinya di akhbar.


Data peribadi yang disiarkan termasuk nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat rumahnya.

Kata Shaheizy Sam lagi, alasan pegawai LHDN tidak dapat menghubunginya dianggap tidak munasabah kerana pernah berurusan menerusi e-mel.


Ini komen Shaheizy Sam:

"Saya bukan penjenayah nak larikan diri. Membayar cukai menjadi tanggungjawab saya, malah ada rekod mengenainya. Saya rasa seperti dianiaya dan disabotaj.

"Tiada istilah mereka tak boleh cari saya. Saya bukan kerja pejabat dari jam 9 pagi sampai 5 petang. Saya berlakon tak tentu masa dan ada hari saya tiada di rumah,"

"Saya tak pasti apa motif mereka. Mungkin juga ini cara mereka menggunakan orang berpengaruh seperti saya untuk menyedarkan masyarakat supaya membayar cukai.

"Sejak mula berlakon lagi, saya sudah melaksanakannya. Tak perlu risau. Kali terakhir mereka datang ke rumah pada 9 Mei lalu ketika anak sulung dilahirkan dan saya berada di hospital. Saya umumkan hal itu di laman sosial.

"Dua tiga minggu sebelum notis itu dikeluarkan, beberapa wakil LHDN datang ke rumah dan menyerahkan borang CP 500. Kenapa mereka tak maklumkan hal berbangkit? Kenapa pilih guna surat khabar pula?,"

"Hingga sekarang saya masih tidak tahu berapa amaun yang perlu dibayar kerana sedang membuat penilaian semula. Sebelum ini, saya bayar cukai tanpa membuat pengecualian. Salahkah ambil masa kali ini untuk membuat tuntutan itu?," 


Sehingga hari ini Shaheizy Sam dan juga ejen cukainya masih menunggu penjelasan sebenar berhubung notis muflis terbabit dari LHDN.

0 comments:

Post a Comment