Saturday, July 9, 2016

"Persepsi saya terhadap Zizan berubah..." - Mira Filzah Dedah Perangai Zizan

"Persepsi saya terhadap Zizan berubah..." - Mira Filzah Dedah Perangai Zizan


Kini Mira Filzah dan Zizan Razak dilihat mempunyai hubungan yang rapat dan akrab sehingga ada mengatakan mungkin mereka berdua sedang bercinta.

Zizan Razak juga pernah menemani Mira Filzah membuat laporan polis ketika pelakon jelita ini kemalangan jalan raya baru-baru ini. (BACA SINI)

Mira Filzah akhirnya menjelaskan bahawa Zizan Razak bukanlah seperti apa yang digambarkan sebelum ini yang mana dia dikatakan buaya darat.

Ini komennya:

“Tidak kenal maka tidak cinta. Selepas kami rapat, persepsi saya terhadap Zizan berubah 100 peratus. Dia tidak seperti yang digambarkan. Setakat ini saya selesa berkawan rapat dengan Zizan. Bekerja dengannya pun satu pengalaman yang menyeronokkan”

“Dia bersungguh-sungguh, banyak memberi idea dan tidak kedekut ilmu. Langsung tiada perangai diva. Kami sudah seperti adik beradik. Saya senang dengan Zizan kerana perangainya yang gila-gila dan sentiasa menceriakan suasana,”


“Sebagai teman, Zizan seorang yang mengambil berat dan suka membantu,”

Sumber: Rotikaya

0 comments:

Post a Comment