Adira Kongsi Pengalaman Bernikah Di Thailand


Adira Kongsi Pengalaman Bernikah Di Thailand


Penyanyi Adira mengesahkan sudah bernikah dengan Datuk Seri Adnan Abu. Mereka berdua bernikah di Songkhla, Thailand beberapa minggu lalu.

Adira merupakan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu dan isteri pertamanya dilihat merestui perkahwinan tersebut.

Ramai juga tertanya-tanya, mengapa Adira dan suami bernikah di Thailanda sedangkan mendapat izin dari isteri pertama.

Menurut Adira, dia terpaksa me­langsungkan perkahwinan di negara jiran kerana berhadapan dengan beberapa masalah, termasuk urusan dokumentasi kedua-dua belah pihak.

Ini komen Adira:

“Kami mengambil keputusan bernikah selepas hanya tiga ming­gu berkenalan. Jadi, agak sukar bagi pihak saya dan suami untuk menyediakan pelbagai dokumen yang diperlukan di Malaysia, apatah lagi perkahwinan kami membabitkan poligami.

“Cara terbaik adalah berkahwin di negara jiran. Ya, saya kini sudah menjadi isteri orang dan status sebagai isteri ke­dua tidak memberi masalah kepada diri saya,”

“Sekarang ini, setelah lebih tiga minggu berkahwin, saya ambil keputusan untuk umumkan cerita sebenarnya bahawa memang benar saya sudah berkahwin. Saya tidak kisah dengan apa juga tanggapan orang kerana apa yang penting perkahwinan kami ini mendapat restu daripada seluruh keluarga.

“Saya pilih untuk menunggu pihak satu lagi (suami) yang bersuara dahulu. Dan bila sudah dapat lampu hijau daripada suami, saya kongsi perkara ini dengan semua orang,” 

“Saya tidak membuat keputusan untuk berkahwin dan menjadi isteri kedua kerana patah hati dengan apa yang berlaku sebelum ini. Soal putus tunang itu persoalan lain dan saya tidak lagi mengingatinya. Saya yakin ini jodoh yang sudah ditentukan dan saya terima dengan hati yang terbuka meskipun perkenalan dengan suami amat singkat sekali,”

Untuk pengetahuan, Adira sebelum ini pernah bertunang dengan Shahrul Nasrun Kamarudin, bagaimanapun putus pada April lalu.

0 comments:

Post a Comment