"Yus Jambu Langsung Tak Minta Bayaran" - Guru
Bekas guru kepada Yus Jambu, Abd Kadif Lebai Shafei berkata, dia mengenali arwah Yus sebagai seorang pelajar yang sangat menghormati guru.
Walaupun Yus bukan seorang pelajar cemerlang dari segi akademik namun dia amat disenangi rakan-rakan sekolah dan guru-guru.
Abd Kadif berkata, kali terakhir dia berjumpa dengan arwah Yus pada Julai lalu ketika menjemputnya untuk memberi motivasi kepada 600 anak-anak yatim dan miskin di satu program di sekolah tersebut.
Dan setelah memberi motivasi, Yus Jambu langsung tidak meminta bayaran, semuanya secara percuma sahaja.
Ini komen bekas guru Yus:
"Waktu itu saya warden asrama Sekolah Menengah Kebangsaan Syed Alwi, arwah Yus ketika itu seorang pemain bola sepak yang aktif.
"Sebagai seorang cikgu agama, saya selalu nasihatkan Yus supaya tak lalai dan Alhamdulillah dia sering ke surau untuk solat berjemaah,"
"Ketika bulan puasa, Yus sempat luangkan masa hampir sejam di sekolah kami untuk beri semangat kepada murid dan anak yatim. Dia langsung tak meminta bayaran.
"Dia juga nasihatkan murid supaya mendengar kata cikgu. Saya kagum dengan arwah kerana dia memberi contoh yang baik kepada orang lain melalui keperibadiannya,"
0 comments:
Post a Comment