Scha Al Yahya Tampil Beri Komen: Jangan Banding Lara Alana Dengan Aaisyah Dhia Rana


Scha Al Yahya Tampil Beri Komen: Jangan Banding Lara Alana Dengan Aaisyah Dhia Rana


Isteri Awal Ashaari, Scha Al Yahya tampil memberi komen mengatakan peminat yang terlalu fanatik dengan anak-anak artis sehingga menimbulkan perkara tidak sepatutnya.

Scha akui terkilan apabila anak kesayangannya, Lara Alana dikatakan bersaing dengan Aaisyah Dhia Rana, anak kepada Zain Saidin dan Rozita Che Wan.

Sehinggakan pergaduhan telah berlaku di kalangan para peminat kedua-dua selebriti itu di laman sosial Instagram.

Ini komen Scha:

“Sudah tentulah, tiada persaingan di antara mereka. Kenapalah perkara ini harus terjadi? Kasihan. Mereka bayi lagi dan masih kecil.

“Saya tidak nafikan, peminat memang banyak membantu, tetapi apabila terjadi perkara ini, saya sendiri rasa tidak seronok.

“Ya, saya tahu ramai peminat menyukai Lara dan Aaisyah, tetapi janganlah terlalu taasub,”

Jelasnya, situasi itu secara tidak langsung akan memberi kesan terhadap hubungannya dengan Che Ta.

Tujuannya membuka laman Instagram anaknya adalah untuk berkongsi dengan peminat aktiviti mereka bersama Lara Alana.

Untuk pengetahuan instagram official Lara sudah mencecah 1 juta follower.

Ini komen Scha:

“Awal memang suka ambil gambar dan apabila sudah bergambar, apa lagi yang dia nak buat?

“Sudah tentulah memuat naik gambar itu di Instagram. Lebih-lebih lagi, kami ini jenis suka berkongsi dengan peminat.

“Cuma, di akhirnya apa yang kita tahu mengenai perkongsian itu adakah ia dapat memberi kebaikan atau tidak,”

Pada masa sama, isteri kepada pelakon Awal Ashaari ini berharap isu tersebut tidak lagi berbangkit pada masa depan.

Dalam pada itu, Scha mengakui tidak kisah sekiranya anak perempuannya itu terlibat dalam bidang seni.

“Setakat ini, Lara hanya terlibat dalam penggambaran iklan dan untuk berlakon masih belum ada lagi.

“Bukan tidak izinkan, tetapi saya perlu memilih produk yang benar-benar bersesuaian dan berkaitan Lara.

“Bukannya apa, Lara seorang bayi yang sangat aktif dan bising. Dia jarang duduk senyap. Jadi, agak sukar untuk mendapatkan fokus dari dia,”

Kini Lara Alana ada keluar iklan di TV dalam iklan Yakult bersama Scha dan juga Awal.



0 comments:

Post a Comment