Nabil Rasa Bersalah Terhadap Salih Yaakob Dan Raja Azura


Nabil Rasa Bersalah Terhadap Salih Yaakob Dan Raja Azura


Nabil Ahmad berasa amat bersalah terhadap pengacara Salleh Yaakob dan Raja Azura kerana mereka berdua menjadi mangsa pengguna laman sosial yang tidak berpuas hati dengan gimik penukaran pengacara pada Gegar Vaganza 2.

Nabil berkata, perkara tersebut hanyalah gimik sahaja tetapi ada sesetengah penonton mengambil serius perkara tersebut.

Sehinggakan ada penonton yang sanggup melontorkan kata-kata yang tidak sepatutnya kepada dua pengacara veteran itu.

Ini komen Nabil:

"Saya rasa bersalah pula kerana itu adalah gimik semata-mata. Kita tidak ada niat pun untuk tukar pengacara tetapi produksi cuma ingin tahu bagaimana reaksi penonton sahaja kerana sebelum itu saya dan Jihan sering dikecam.

"Penonton pula terlalu ambil serius tentang perkara itu sehingga ada yang tulis macam-macam dan bandingkan kami dengan Salleh Yaakob dan Raja Azura kerana mahukan saya dan Jihan terus jadi pengacara dalam Gegar Vaganza 2," 

Sumber: mStar


0 comments:

Post a Comment