Nabil Beri Jawapan Kenapa Selalu Usik Manja Dengan Farahdhiya
Rancangan Gegar Vaganza kini telah menjadi fenomenan baru di Malaysia. Malah rancangan ini amat popular sehingga memberi impak kepada semua yang terlibat termasuk Nabil Ahmad.
Bergandingan dengan Jihan Muse, telatah Nabil sering menjadi bualan orang ramai dan selalu menjadi viral. Antaranya usikannya dengan Ramli MS, M Nasir, Farahdhiya dan juga Jamal Abdillah.
Ramai yang tertanya-tanya mengapa Nabil suka sangat mengusik Farahdhiya walaupun sudah mempunya isteri bernama Zira dan memiliki dua anak perempuan.
Sebenarnya, isteri Nabil pun ok sahaja, tak cemburu pun.
Ini komen Nabil:
“Saya dah agak memang ramai yang nak tahu mengapa saya suka sangat usik Farahdhiya.
“Sebenarnya saya dan dia dah kenal dan berkawan lama. Kami pernah sama-sama menjadi pengunjung sebuah gimnasium.
“Bukan dengan Farah saja, kalau buat show saya memang suka menyakat orang sebab itu sebahagian kreativiti saya untuk lebih memeriahkan suasana sesebuah program.
“Sekadar untuk buat orang ramai gelak dan semuanya untuk suka-suka sahaja, bukannya ada maksud atau niat lain.
“Saya selalu cakap, dalam dunia hiburan ini kita janganlah nak ambil serius sangat semua benda. Asalkan kita tahu batasan tertentu.
“Isteri saya pun faham kerja saya suka mengusik orang di atas pentas. Dia tak cemburu pun saya suka mengusik Farahdhiya. Dia dah faham benar sikap saya suka bergurau,”
“Syukur saya dapat banyak undangan show selepas ini dan bakal kendalikan musim terbaru ceria popstar tahun depan.
“Disebabkan itu juga saya terpaksa kurangkan ambil tawaran drama kerana faktor jadual yang sangat sibuk,”
Apa apapun tahniah kepada Nabil kerana tanpa kelibatnya, sudah pasti Gegar Vaganza tidak semeriah dan sehebat ini.
0 comments:
Post a Comment