Kes Khalwat: Shah Jaszle Akhirnya Buka Cerita Sebenar Di Mahkamah


Kes Khalwat: Shah Jaszle Buka Cerita Sebenar Di Mahkamah


Pelakon Shahrizal Jaszle akhirnya bercerita tentang apa yang berlaku sebenarnya ketika kes dia ditangkap khalwat dengan seorang wanita 2 tahun lepas.

Pelakon ini mendakwa wanita itu iaitu Farah Nurizzati Salleh telah memerangkap dirinya dan berbuat demikian kerana ingin memutuskan hubungannya dengan bekas tunang ketika itu Redwani Puteri.

Shahrizal memberi keterangan tersebut dihadapan Hakim Syarie, Mahkamah Rendah Syariah Daerah Petaling, Abd Halim Abu Samah di sini pada Selasa.

Ini pendedahan Shah Jaszle:

FARAH PENJAGA PAKAIAN PRODUKSI

"Saya mengenali Farah tiga minggu sebelum ditangkap khalwat. Dia merupakan penjaga pakaian produksi untuk drama lakonan saya. Saya yakin apa yang berlaku adalah rancangannya yang mahu saya putus tunang ketika itu.

"Pada 15 Mei 2013 selepas pulang daripada penggambaran saya berada di rumah kira-kira pukul 11 malam dan kemudian dihubungi oleh Farah meminta saya datang ke rumahnya untuk memilih baju yang perlu dipakai esok, ketika itu dia mahu ambil saya di rumah untuk ke rumahnya.

"Selepas memilih baju, dia kemudian menyuruh saya ke biliknya untuk berehat dan selepas itu saya terlelap di katilnya sehingga pada pukul 3.50 pagi iaitu pada 16 Mei 2013 sehingga saya dikejutkan dengan ketukan pintu bilik dan saya sedar Farah membuka lampu dan pintu,".

BERASA PELIK

Shahrizal berkata, ketika ditahan pegawai agama, dia berasa pelik dengan percakapan dan juga perkataan pertama wanita itu sebelum membuka pintu.

"Ketika dia (Farah Nurizzati) ingin membuka pintu bilik dan melihat siapa yang ketuk, dia awal-awal memberitahu dia risaukan kerjaya saya.

"Dari situ saya sudah syak bahawa ia adalah satu perangkap dan ketika saya menyerahkan kad pengenalan kepada anggota Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), saya ada bertanya kepada mereka siapa yang membuat laporan dan pukul berapa laporan dilakukan.

"Anggota Jais memberitahu laporan dibuat pada pukul 11 malam dan dilakukan oleh orang dalam rumah tersebut, walhal ketika pukul 11 malam saya masih berada di rumah saya,".

Sementara itu, Shahrizal turut memberitahu mahkamah bahawa dia mempunyai bukti kukuh berkaitan kejadian tersebut yang disifatkannya sebagai suatu perangkap.

Ini merupakan fakta kes ini:

-Kejadian berlaku pada 16 Mei 2013 di Apartmen Taman Sri Subang.
-Shah Jaszle dan pasangannya Farah Nurizzati ditahan atas tuduhan khalwat pukul 3.30 pagi oleh unit penguat kuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).
-Mereka ditahan di bawah Seksyen 29(1) A dan B, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995.
-Pada 13 November 2013, Farah Nurizzati telah mengaku salah terhadap tuduhan tersebut dan mahkamah memerintahkannya membayar denda maksimum iaitu RM3,000.

Pertunangan Shah Jaszle dan  Redwani Puteri telah putus kerana kes tersebut. Pada 1 Mei lalu, Shahrizal telah berkahwin dalam diam dengan Hanis Husna Mohamad Nadzree.

0 comments:

Post a Comment