"Banyak perubahan sikap arwah sebelum dia pergi" - Rakan Serumah Yus Jambu
Rakan serumah pelawak Allahyarham Yussry Edoo, Wan Sharizon Rahim atau Jon Raja Lawak merupakan antara sahabat paling rapat dengan Yus Jambu.
Wan Shahrizon (Jon) yang sudah mengenali Pak Yus selama hampir 20 tahun berkata, selepas arwah meninggal dunia akibat sesak nafas malam tadi, barulah beliau perasaan perubahan sikap teman baiknya itu.
Ini komen Jon:
KURANG BERCAKAP
Jon mengatakan dia perasan Yus kurang bercakap akhir-akhir ini. Dia tidak menyangka perubahan sikap arwah yang tidak banyak bercakap kebelakangan ini menjadi petanda beliau akan pergi selama-lamanya.
"Sebenarnya, saya tidak perasaan perubahan sikap beliau sehinggalah malam tadi.
"Banyak lagi perubahan sikap arwah sebelum dia pergi, tetapi sukar untuk saya mengingati semuanya,"
TERMENGAH-MENGAH
Tambah Jon lagi, ketika Yus tampil membuat persembahan pada pertandingan akhir Raja Band di Dataran Merdeka, malam tadi, beliau melihat Yus seperti termengah-mengah.
Sebaik persembahan berakhir, Yus meminta dihantar pulang dengan segera.
"Yus kelihatan sangat penat sehingga menolak permintaan beberapa peminat yang ingin bergambar dengannya di belakang pentas. Sebelum ini, dia bukan macam itu.
"Yus biasanya akan melayan setiap peminatnya. Sebaik masuk ke dalam kereta, beliau membuka kasut dan bajunya serta bersandar kepenatan,"
MENYANYI LAGI PENAT
Shahrizon berkata, di dalam kereta beliau sempat berseloroh dengan Yus mengenai jenis pekerjaan disukainya.
"Saya cakap antara main bola sepak dan menyanyi, mana satu lebih penat. Lantas Yus jawab menyanyi,"
Beliau berkata, sebaik melalui Jalan Ipoh, Yus seperti terkena serangan sawan dan terus tidak sedarkan diri.
"Kami sangka Yus hanya pengsan. Kami segera membawanya ke Hospital Selayang. Apabila tiba di bahagian Zon Merah, Unit Kecemasan, doktor yang memeriksanya mengatakan Yus sudah meninggal,"
Sumber: BHarian
0 comments:
Post a Comment