Rumah Tangga Pelakon Baru Bergolak


Rumah Tangga Pelakon Baru Bergolak


Ini merupakan satu lagi gosip perkahwinan artis yang dikatakan sedang mempunyai masalah. Dikatakan hubungan suami isteri antara pelakon Fatin Afeefa dan juga Adam Shah bermasalah kerana mesej si suami dengan wanita lain.

Untuk pengetahuan Fatin Afeefa merupakan pelakon filem Tentang Bulan manakala suaminya Adam Shah banyak berlakon drama bersiri.

Jom baca laporan penuh dari ROTIKAYA:

Baru sahaja menimang cahaya mata pertama pada Jun lalu, baru-baru ini hati Fatin Afeefa telah terluka gara-gara mesej perbualan di antara suaminya dan wanita lain. Pelakon ini kemudiannya bertindak memuatnaik screenshot perbualan tersebut ke Instagram.

Melalui perbualan tersebut, dua individu tersebut dilihat sedang merancang untuk berjumpa namun pertemuan dibatalkan kerana hari telah lewat dan juga turut ada sebentuk love emoticon – yang pastinya mencetuskan perasaan terkejut dan marah jika anda buat dan isteri anda baca!

Bagaimanapun, Fatin telah memadam gambar tersebut. Selain itu, Fatin juga memuatnaik gambar kata-kata yang mungkin menggambarkan perasaannya ketika ini. Mungkin juga suami Fatin mempunyai penjelasan lanjut mengenai perkara berkenaan atau mungkin dia tertekan love emoticon itu, manalah kita tahu’kan?



0 comments:

Post a Comment