Thursday, December 24, 2015

(KURANG AJAR) Aaisyah Dhia Rana Dipanggil 'Anjing', Rozita Che Wan Mengamuk

(KURANG AJAR) Aaisyah Dhia Rana Dipanggil 'Anjing', Rozita Che Wan Mengamuk


Baby comel Aaisyah Dhia Rana anak kepada Zain Saidin dan juga Rozita Che Wan sememangnya popular dan dikenali ramai.

Aaisyah Dhia Rana juga antara baby paling popular di Malaysia dan sering menjadi perhatian apatah lagi ibunya, Rozita Che Wan tidak kedekut berkongsu gambar anaknya itu.

Namun dalam satu gambar terbaru, seorang follower kurang ajar bertindak melampau apabila menggelar Aaisyah Dhia Rana dengan gelaran anjing sekaligus menimbulkan kemarahan Che Ta dan juga follower yang lain.

Memang kurang ajar dan tiada adab langsung orang yang menulis komen itu. Follower lain terutama peminat Che Ta memberi komen agar Che Tan 'ban' sahaja orang seperti itu kerana bersikap negatif.

Jika follwer itu mahu popular, ternyata ianya cara yang salah. Malahan ada pihak yang meminta Che Ta menyaman IG tersebut.

Sebelum ini penyanyi Black pun ada berbuat demikian dan selepas itu terus tiada yang berani mengutuk anaknya.

Jom baca:









0 comments:

Post a Comment