Monday, February 20, 2017

Saya Ada Hak !!! - Siti Saleha

Saya Ada Hak !!! - Siti Saleha


Kini sudah 9 tahun pelakon jelita Siti Saleha berkecimpung dalam industri lakonan.

Kini dia  semakin bijak meletakkan harga 'gaji' selari dengan kualiti lakonan yang diberikannya.

Namun nilai harga yang dimaksudkannya itu tidak hanya tertumpu kepada isu bayaran sebaliknya turut merangkumi aspek pemilihan watak dan produksi.

Bagi Siti Saleha dia ada hak untuk menaikkan sedikit harga untuk berlakon apatah lagi pernah ditergur penerbit yang merasakan harganya agak 'murah'.

Ditanya jika sikapnya naikkan harga akan mengundang rasa kurang senang di kalangan penerbit drama dan filem,katanya ia perlu dilihat daripada sudut perkembangan kerjaya seorang pelakon.

Ini komennya:

"Saya fikir perlu (demand) kerana ia berkaitan nilai pada kerjaya. Sekurang-kurangnya kita perlu tahu harga pasaran, tapi bukan terlalu tinggi,"

"Sudah pasti jika mahu kekal dalam industri, demanding kedengaran agak negatif.

"Tapi ia untuk nilai diri saya, bergantung kepada projek yang akan dilakukan. Harus diingat bukan semua benda perlu demand,"

"Saya pernah letakkan harga tertentu, tapi dia terkejut dan mengatakan saya hanya bergurau dengannya.

"Dia kata saya berhak untuk menerima bayaran yang lebih daripada apa yang saya minta. Saya berterima kasih kepada penerbit yang tahu menilai kemampuan pelakon dengan baik,"

"Saya nak kekalkan momentum dan konsisten dalam kerjaya. Saya suka dalam situasi begini, walaupun tak naik sangat, tapi pada masa sama tak tenggelam.

"Kalau naik sangat pun risau juga kerana saya  perlu pertahankan kedudukan. Tapi sejujurnya buat masa ini saya berada di kedudukan yang selesa. Asalkan saya tak menghilang dan masih dalam pasaran,"

............................

"I think the need (demand) is relates to the career. At least we need to know the market price, but not too high,"

"Of course demanding sounds quite negative."

"But it's my personal values, depending on the project"

"I've put a certain price, but he was surprised and said I was just joking with him.

"He said I have the right to receive payment is more than what I asked for. I am grateful to assess the ability of the issuer to know the actors well,"

"I want to keep the momentum and have a consistent career."

"I have to defend the position. But honestly I am in a comfortable position. As long as I do not disappear and still in the market,"

0 comments:

Post a Comment