Ini Kenyataan Rasmi Dari Zul Ariffin Dan Juga Gayatri Tentang Status Hubungan Mereka
Zul Ariffin akhirnya memberi jawapan yang ramai mahukan tentang status hubungannya dengan Gayatri Su-Lin Pillai.
KOMEN ZUL ARIFFIN
Ini komen Zul Ariffin:
Saya dengan dia (Gaya), kami sudah lama tiada apa-apa hubungan. Masing-masing pun dah move-on.
Berbicara mengenai hubungan beliau dan Zahirah serta isu yang bangkit selepas foto mesra mereka menjadi viral, Zul sama sekali tidak melatah dan menganggap ia sebagai satu perkara biasa apabila bergelar anak seni.
Kami masih baru sangat. Rapat. Tapi tiada apa yang boleh dikongsi lebih-lebih. Saya tak marah tentang orang ambil gambar kami ketika itu. Itu perkara biasa. Sedangkan kalau saya ambil gambar dengan mak saya pun pernah jadi isu.
Sebagai seorang anak seni, itu antara cabaran dan dugaan yang kami terpaksa hadapi di mana orang seperti kami sentiasa diperhatikan.
Nampaknya hubungan Zul dan gaya telahpun berakhir. padanlah rapat dengan Zahirah McWilson sekarang ni.
KOMEN GAYATRI
Sementara itu ini pula komen dari Gayatri tentang hal ini:
“Zul sudah memberikan kenyataan dua hari lalu dan saya tidak perlu ulas apa apa lagi. Seperti mana yang diketahui ramai, saya jarang menceritakan urusan peribadi kerana saya bukannya artis. Saya tak rasa orang nak tahu pun cerita peribadi membabitkan diri ini”
“Lebih manis kalau apa-apa yang berlaku dalam hubungan kami hanya saya dan dia sahaja yang tahu. Saya rasa tidak perlulah menjaja cerita untuk meraih simpati ataupun mendapat perhatian,”
"Kehidupan dan rutin saya masih macam biasa. Saya sibuk dengan kerja baru saya di Infinitus Entertainment sebagai Penerbit Eksekutif sejak Julai lalu. Pada masa yang sama saya menjaga ibu.
Tiada apa yang berubah."
0 comments:
Post a Comment