Komen Juri Gegar Vaganza Kepada Ibu Kurang Ajar - Bienda, Anak Sheeda


Komen Juri Gegar Vaganza Kepada Ibu Kurang Ajar - Bienda, Anak Sheeda


Penyanyi Bienda, anak kepada Sheeda tampil menyatakan komen juri Gegar Vaganza kepada ibunya amat kurang ajar. Dia juga menuntut pihak juri program realiti Gegar Vaganza 2 memohon maaf secara terbuka kepada ibunya itu.

Ini kerana, baginya mereka para juri telah mengaibkan ibunya, Sheeda dengan komen yang agak mengejutkan.

Ini komen Bienda:

"Saya sangat terkejut dan kecewa mendengar komen yang diberikan, kalau ikutkan hati saya ingin sahaja menjerit kepada juri itu, tetapi fikirkan semula ia perkara yang tidak rasional.

"Tapi ia sangat keterlaluan dan mengaibkan ibu saya. Kenapa perlu persoalkan tentang umur dan rupa paras sedangkan ia adalah pertandingan nyanyian," 


"Saya boleh katakan komen itu sebagai kurang ajar kerana mereka tiada rasa hormat kepada ibu saya yang bersusah payah memasuki pertandingan itu.

"Ia bukan sesuatu yang senang untuk dia bawa lagu-lagu yang bukan genre dangdut. Saya yakin lepas ini ramai artis yang takut untuk sertai pertandingan kerana komen yang diberikan bersifat menghentam peserta," 



"Saya tidak faham orang yang sering menhentam ibu saya di laman sosial, mereka fikir mereka sudah terlalu baik untuk berkata demikian.

"Saya tahu ibu saya bukan sedih tapi bukan kerana dia disingkirkan tetapi disebabkan komen dan ejekan yang keterlaluan pengguna laman sosial,"


Juri yang memberi komen kepada Sheeda ialah Datuk M Nasir dan Datuk AC Mizal yang dikatakan memperlekehkan persembahan ibunya iaitu Sheeda yang berduet dengan Aweera menyampaikan lagu "Tiada Lagi".

Antara komen M Nasir iaitu "putera mencari princess tapi rupa-rupanya terjumpa dengan emak princess" dialog menjurus kepada memperlekehkan usia Sheeda yang mahu berlakon sebagai puteri raja.

Kata-kata itu mengundang ketawa orang ramai dan selepas itu turut disambut oleh AC Mizal dengan berkata; "aku dah agak dah... aku dah agak dah..."

Wajah Sheeda dalam program itu terus berubah dengan komen juri. Sheeda kemudiannya telah tersingkir dari Gegar Vaganza.


0 comments:

Post a Comment