Isteri Arwah Harun Salim Bachik Dakwa Kenyataan Achey Tak Benar
Balu kepada Harun Salim Bachik sekali lagi meluahkan perasaannya. Surianti meluahkan perasaan terkilan dan berasa dipinggirkan selepas pemergian arwah.
JENGUK PUN TAK PERNAH
Sebelum ini ada kenyataan dari Achey bahawa dia membantu keluarga arwah Harun Salim Bachik.
Namun kata Surianti, kenyataan pelawak yang juga anak didik arwah iaitu Achey dalam sebuah portal hiburan atas talian yang kononnya sering bertanya khabar keluarga mereka juga tidak benar.
Ini komen Suriati:
"Hidup kami sempit dan lebih terkilan apabila kawan-kawan arwah menjauhkan diri kecuali Afdlin Shauki sahaja yang beri bantuan untuk persekolahan anak-anak saya.
"Saya ada terbaca kenyataan Achey baru-baru ini kononnya dia sering bertanya khabar dengan anak-anak saya, namun sebenarnya tidak pernah pun. Datang menjenguk kami pun tidak pernah.
"Dia (Achey) ada buat kenyataan yang dia sudah serah semua share perniagaan yang dikongsi bersama arwah sebelum ini kepada keluarga dan hal itu pun saya tidak tahu kerana mereka sudah removed saya dari grup perniagaan tersebut,"
NAK BERNIAGA TAK DILAYAN
Sementara itu, kata Surianti, dia pernah memohon untuk berniaga di karnival-karnival yang dianjurkan oleh pihak tertentu atas tiket isteri artis tetapi tidak dilayan.
Katanya, perkara tersebut membuatkankan dirinya semakin tertekan dan rasa tersisih dari masyarakat.
"Ada beberapa kali saya mohon untuk sertai karnival jualan tetapi tidak dibenarkan pihak penganjur kerana saya bukan artis, walhal isteri artis-artis lain boleh pula.
"Tidak apalah mungkin rezeki saya sudah tidak ada di sini dan saya ingin mula hidup baru di kampung. Anak-anak pula saya sedang dalam proses untuk tukar sekolah mereka di sana,"
Surianti berkawin dengan Allahyarham Harun Salim Bachik pada tahun 2000. Mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Siti Hazeera Sofea, 12, Hakeem Sufy Al-Rashid, 14.
Menerusi perkahwinan pertama dengan Martinah Ahmad, Harun memilki empat orang anak namun perkahwinan pertama itu tidak bertahan lama.
BALIK KAMPUNG
Surianti kini mengambil keputusan membawa diri dengan pulang ke kampung halamannya di Kulim, Kedah selepas tidak mampu menanggung sara hidup di ibu kota.
Sumber pendapatan menjual produk kesihatan Legasi Hsb tidak mencukupi bagi menampung kos sewa rumah dan anak-anak yang masih bersekolah.
Ini komennya:
"Saya akui tertekan dan tidak mampu lagi untuk menyara hidup kami anak beranak di Kuala Lumpur, sebab itu saya ambil keputusan untuk balik kampung Isnin depan.
"Sewa rumah sahaja RM1,500, anak-anak yang sedang membesar lagi, ini pun semua barang-barang kemas saya terpaksa digadai. Sekurang-kurangnya bila balik kampung saya akan mulakan hidup baru bersama ibu-bapa saya,"
Mungkin Achey ada jawapan tersendiri. Mungkin dia rapat dengan keluarga isteri pertama Harun Salim Bachik kot..
Sumber: mStar
0 comments:
Post a Comment