Luahan Sedih Suami Mangsa Bunuh

Luahan Sedih Suami Mangsa Bunuh


Ini merupakan luahan suami kepada kerani yang mati dibunuh dengan kejam di Muar, Johor. Kejadian ini mengejutkan seluruh Malaysia.


Mangsa bernama Nurul Shahira Mohd Yatim kini berumur 29 tahun dan mempunya seorang anak dengan suaminya yang mahu dikenali sebagai Faris.

LUAHAN DARI SUAMI

Faris merupakan tentera di Kem PULADA Ulu Tiram, Johor Bharu. Dia menerima berita tentang isterinya dari jira.

Kemudian Faris ada cuba menghubungi mangsa. Namun tidak panggilan tidak dijawab sebelum memutuskan untuk pulang ke Muar. 

Mayat Nurul Shahira ditemui dengan leher dijerut menggunakan tali langsir dengan pakaian tidak terurus di hadapan pintu bilik tidur rumahnya di Taman Setia Kasih, Sungai Terap, kira-kira jam 6 petang kelmarin.


Ini komen suaminya:

"Saya sedih melihat keadaan isteri saya yang dibelasah dan dibunuh dengan kejam, selain keadaan pakaiannya yang tidak terurus.

"Malah, beberapa bahagian badan arwah ada kesan lebam. Saya percaya arwah isteri cuba mempertahankan diri dan melawan penyerangnya," 


"Apabila melihat tubuh arwah, saya amat terkejut dan sebak. Saya sedih kerana arwah baru sahaja mula bertugas selepas bercuti kira-kira dua minggu akibat demam campak dan keadaannya yang masih lemah," katanya.

"Malah, beberapa barangan seperti gelang emas, telefon bimbit dan dompet juga didapati hilang," 


Kali terakhir beliau bertemu dengan isterinya ialah Ahad lalu dan sempat bersarapan bersama sebelum pulang ke Kem PULADA kerana bertugas di situ.

Allahyarham adalah anak kedua dari lima beradik dan mempunyai seorang anak berusia 11 bulan.

KISAH SEBENAR

Ini pula kisah yang diceritakan oleh abang mangsa. Abangnya bernama Mohd Adzrul Mohd Yatim berkata mangsa pulang ke rumahnya untuk mengambil beberapa barang sebelum bercuti bersama suami dan anak mereka.

Katanya, arwah jarang tinggal di rumah yang baru dibelinya itu kerana lebih banyak tinggal di rumah neneknya di Kampung Permatang Pasir, sejak kecil.

Ini komen abangnya:

"Rumah ini lebih seperti rumah persinggahan sahaja kerana arwah hanya akan pulang ke rumah itu jika suaminya pulang ke Muar.

"Arwah sepatutnya bercuti bersama suami dan anaknya di Desaru. Tak sangka kejadian sebgini boleh menimpanya,"


JIRAN JADI SAKSI

Sementara itu, jiran mangsa yang enggan dikenali mendakwa, beliau terdengar bunyi kenderaan mangsa kira-kira 20 minit selepas pulang mengambil anaknya di sekolah pada jam 1.45 petang.

Ini komen jiran:

"Ketika itu hujan lebat, saya kemudian masuk ke dapur untuk makan tengah hari bersama keluarga. Selepas makan, saya ke ruang tamu dan masih terdengar bunyi enjin kereta mangsa yang tidak dimatikan.

"Tidak mengesyaki sesuatu, saya masuk ke dalam bilik tidur kira-kira jam 3 petang dan lelap. Saya hanya tersedar selepas mendengar bunyi azan dari masjid berdekatan dan masih mendengar bunyi enjin kereta mangsa.


"Saya kemudiannya menjenguk ke rumah mangsa dan mendapati tiada orang, kecuali enjin kenderaan yang masih hidup dengan pintu depan rumah terbuka.


"Saya kemudian meminta isteri saya memberikan salam, namun dia segan dan memutuskan menunggu seorang lagi jiran pulang dari tempat kerja," katanya.


Sebaik jirannya pulang, belua memaklumkan mengenai kecurigaan mengenai kenderaan di depan rumah mangsa yang enjinya masih hidup.


"Isteri jiran kemudian masuk ke dalam rumah mangsa dan terkejut melihat mangsa dalam keadaan terbaring kaki. 


"Berikutan itu, jiran saya segera menghubungi polis memaklumkan kejadian itu," 


Sumber:- BERITA HARIAN

0 comments:

Post a Comment