ISU MENGANDUNG:Akhirnya, Siti Nurhaliza Dan Anak Tiri, Asyraf Khalid Buat Kenyataan Rasmi
Sebelum ini kecoh dilaporkan penyanyi tersohor Malaysia iaitu Dato Siti Nurhaliza dikatakan hamil. Berita ini didakwa diceritakan sendiri oleh anak tirinya, Asyraf Khalid.
Hari ini penyanyi hebat ini akhirnya membuka mulut tentang isu ini.
Ini komen Dato Siti Nurhaliza:
“Mana ada saya mengandung. Tak betul semua tu,”
Sementara itu, anak tiri Siti iaitu Asyraf menjelaskan bahawa dia langsung tidak ingat membuat kenyataan menceritakan tentang kehamilan Siti Nurhaliza.
Asyraf Khalid memberi sedikit kenyataan terkini ketika ditemui ketika hadir ke majlis Anugerah Skrin 2015 di PWTC baru-baru ini.
Ini komen anak tiri Siti, Asyraf Khalid:
“Saya tak rasa pernah mengeluarkan kenyataan itu. Mungkin ada salah faham. Apapun doakan sahaja agar dia (Siti Nurhaliza) dikurniakan cahaya mata bersama ayah saya,”
Nampaknya berita ini disahkan Siti Nurhaliza tidak benar.
0 comments:
Post a Comment