Izara Aishah Komen Isu Bercumbu
Pelakon cantik jelita, Izara Aishah terpalit satu lagi kontroversi. Ini kerana lakonannya dalam filem 'Sinaran' mempunyai aksi cium.
Ketika ditemui di majlis tayangan perdana filem 'Sinaran', Izara Aishah menafikan aksi cium yang dilakonkan dan menjelaskan semuanya hanya 'camera trick'.
Izara berlakon adegan tersbut bersama penyanyi kelahiran Singapore iaitu Syarif Sleeq.
Ini komennya:
"Saya tak cium dan tak kena pun, tetapi bunyi ciuman sahaja yang lebih. Biasalah dalam lakonan akan menggunakan 'camera trick' untuk menunjukkan perkara tersebut betul-betul berlaku,"
"Saya ok sahaja ketika melakonkan babak tersebut tetapi masih memiliki sedikit kerisauan dengan maklumbalas negatif penonton. Saya harap penonton faham dan tidak menghukum, kerana saya memang tidak mencium Syarif,"
Namun Izara tetap memiliki sedikit kerisauan mengenai aksi tersebut, dan mengharapkan peminat tidak menjatuhkan hukuman kerana babak tersebut sebelum menonton filem ini yang bakal disiarkan pada 26 November ini.
Izara Aishah kini sedang dalam hubungan dengan Adib, anak tiri Dato Siti Nurhaliza.
Sumber: Media Hiburan
0 comments:
Post a Comment