Peserta Gegar Vaganza, Siti Nordiana mencipta rekod apabila menjadi peserta pertama menjuarai carta persembahan di pentas Gegar Vaganza dua kali berturut-turut.
Siti Nordiana yang popular dengan lagu "Paling Comel" menduduki ranking pertama untuk minggu ke-5 dan juga minggu ke-6.
Pada minggu ke- 5, Siti Nordiana membawa lagu "Nirmala" nyanyian asal Dato Siti Nurhaliza dan memikat hati Ramli MS.
Pada minggu ke-6 pula, penyanyi ini menyanyikan lagu Nike Ardila dan mendapat pujian dari ketiga-tiga juri termasuk juri jemputan iaitu Pak Ngah.
Ini video persembahan Nana di minggu ke-6:
0 comments:
Post a Comment