Ini Punca Sebenar Ika Nabila Dipukul Pengarah


Ini Punca Sebenar Ika Nabila Dipukul Pengarah


Akhirnya pelakon Ika Nabila menceritakan punca sebenar mengapa dirinya dipukul oleh pengarah drama baru-baru ini.

Melalui rancangan Melodi, Ika nabila menceritakan kisah sebenarnya, bagaimana dan mengapa dia dipukul pengarah itu.

Ini komennya:

“Second day shooting, bersama dengan pengarah tiba-tiba pengarah bertindak memukul saya di kedua-dua belah muka saya, bertubi-tubi menggunakan tangan dan membaling botol air mineral ke arah saya, menarik rambut saya tanpa sebab”

“Seorang lagi pelakon di tempat kejadian cuba untuk meredakan keadaan dengan memeluk saya. Dia stop dan berlalu pergi. Ini adalah kali ketiga saya bekerja dengan pengarah itu. Saya tak pernah ada masalah dengan dia”

“Lepas dia pukul saya, diaorang lunch break, dia datang berjumpa saya, bercakap mengenai lakonan saya. Dia cakap reaction sebegini yang dia mau. Dia ambil video, rakam wajah saya selepas dipukul itu”

“Mungkin betul, feel saya tak seperti yang dia mahukan (sambil tunjuk video yang dirakam pengarah). Saya rasa dia pukul saya sebab dia nak saya feel reaction tu la. Dia ada mention reaction (yang pengarah mahukan) selepas dia pukul saya tu,” 

Nampaknya, pengarah itu memukulnya kerana mahu Ika Nabila dapat feel untuk berlakon. Wah, sampai mcam tu sekali.

Cikgu pun tak boleh pukul murid untuk jadi bijak kan, apatah lagi pengarah drama. Hmm.

0 comments:

Post a Comment