Dato Seri Vida Bengang Keputusan KAFA, Bertegas Mahu Jersi Warna Pink

Dato Seri Vida Bengang Keputusan KAFA, Bertegas Mahu Jersi Warna Pink


KAFA baru-baru ini mengumumkan akan mengekalkan jersi warna merah dan jersi putih sebagai jersi kedua seterusnya jersi pink hanya sebagai jersi ketiga.


Datuk Seri Vida luahkan rasa kecewa dan membantah tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) mengekalkan penggunaan jersi tradisi skuad itu.

Malah penaja utama Kelantan ini tidak bersetuju jersi idamannya yang menggunakan warna merah jambu sekadar digunakan sebagai jersi ketiga TRW.

Datuk Vida tetap mahu warna pink perlu digunakan pada dua jersi utama pasukan tersebut seperti yang telah dipersetujui dalam perjanjian penajaan sebelum ini.


Vida telah mengadakan mesyuarat dengan pihak pengurusan tertinggi untuk membincangkan perkara itu pada petang Ahad.

Mesyuarat tersebut turut dihadiri bendahari KAFA iaitu Nik Aminaldin Nik Jaafar dan ditemani peguam Vida. Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa tidak hadir pada mesyuarat itu.


Ini komennya:

"Saya tidak setuju jersi utama kekal menggunakan warna tradisi Kelantan iaitu warna merah dan biru putih seperti yang diumumkan pada Sabtu.

"Seperti yang kita bincangkan sebelum ini, saya mahu jersi itu dengan warna berasaskan pink, hanya jersi kedua akan menggunakan warna merah,"

"Saya tak peduli, Nike ke Adidas ke yang penting mereka kena selesaikan warna jersi ini. Saya kena dapatkan hak saya sebagai penaja utama," 


"Selepas beberapa mesyuarat sebelum ini, saya terpaksa tegas dengan wawasan saya untuk pasukan ini. Sebab itu saya bawa bersama peguam pada hari ini," 


"Saya harap ia akan diselesaikan minggu depan. Setakat ini masih belum ada kata putus daripada Kafa mengenai perkara ini,"

Vida berkata, jersi berwana merah jambu itu merupakan salah satu daripada 33 syarat tambahan yang dipersetujui antara beliau dan Kafa dua minggu lalu.

Jersi Nike TRW akan diperkenalkan kepada umum pada 10 Februari depan.


Sumber: mStar

0 comments:

Post a Comment