Tawaran Berlakon Kurang Sejak Pakai Tudung - Mia Sara
Sejak berhijrah dan memakai tudung, pelakon kanak-kanak Mia Sara kini kurang mendapat tawaran untuk berlakon.
REDHA KURANG TAWARAN
Namun Mia Sara yang kini berumur 11 tahun tetap redha dengan perkara ini kerana telah bersdia dengan sebarang kemungkinan setelah ingin berhijrah.
Ini komen pelakon cilik ini:
"Tawaran lakonan semakin kurang dan saya faham mengapa saya tidak diambil berlakon. Tidak mengapa kerana Allah akan memberi rezeki lain kepada saya nanti.
"Malah saya sudah bersedia dengan segala kemungkinan yang mungkin berlaku selepas saya membuat keputusan mahu bertudung,"
ADA HIKMAHNYA
Namun sememangnya ada hikmah tersendiri, apabila sambutan jualan tudung milik Mia Sara iaitu MS Couture sangat menggalakkan. Selain itu dia kini dapat menumpukan perhatian dengan pelajarannya selain kurang dibuli rakan sejak berhijrah.
.
Ini kata Mia:
"Walaupun kurang tawaran, rezeki saya lebih kepada hasil jualan tudung menerusi label milik saya iaitu MS Couture secara online. Selain itu saya juga dapat memberi fokus penuh pada pelajaran,"
"Saya bersyukur, perubahan yang saya lakukan ini memberi banyak kebaikan pada diri saya.
"Kawan-kawan tidak mengganggu atau mengutuk saya lagi. Sebaliknya mereka memuji saya. Malah pada hari pertama saya ke sekolah memakai tudung, saya diserbu kawan-kawan pula.
"Pengikut-pengikut di Instagram pun sama. Mereka tidak lagi mengkritik saya sembarangan. Alhamdulillah, saya ambil setiap perkara ini secara positif,"
Tahniah kepada Mia Sara yang telahpun berhijrah walaupun di usia yang muda.
0 comments:
Post a Comment