Azwan Ali Diberi Notis 14 Hari Mohon Maaf, Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang

Azwan Ali Diberi Notis 14 Hari Mohon Maaf, Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang


Syarikat kicap tempatan, Tirana Product Sdn Bhd meminta selebriti, Diva Azwan Ali supaya menghentikan fitnah dan kenyataan tidak benar yang dikeluarkan terhadap iklan kicap Tirana.

Ini ekoran kelantangan Azwan Ali yang tiba-tiba menghina iklan kicap tersebut dengan bertubi-tubi sejak akhir-akhir ini di laman IGnya.

Iklan kicap Tirana itu jika ditonton penuh, turut menampilkan pengacara nombor satu tanah air iaitu Aznil Hj Nawawi dan juga model kaukasian.

Tirana Product yang diwakili Peguam Adnan Seman @ Abdullah berkata, surat tuntutan sudah diberikan kepada selebriti itu pada 13 Januari lalu.

Ini komen peguam:

"Dalam tempoh 14 hari notis tuntutan itu, kita meminta Azwan Ali membuat permohonan maaf secara bertulis dan akujanji tidak akan membuat atau mengeluarkan kenyataan ke atas iklan Kicap Tirana.

"Azwan juga diminta memadam kenyataan dan video parodi di Instagram miliknya,"

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif Tirana Product Dr Murad Hilmi Mohamed dan Ketua Pegawai Operasi Tirana Product Mohd Irwan Mohamed.

Sementara itu Dr Murad berkata, beliau kesal dengan sikap selebriti itu yang mencemarkan imej produk keluaran mereka dengan mengeluarkan kata-kata kurang sopan di Instagram miliknya.

Ini tambahnya lagi:

"Komen-komen yang diberikan agak pedas dan melampau. Kalau pun iklan saya itu teruk, tetapi ada cara untuk kita menegur. Tegur dengan cara yang beradab, kita orang Melayu dan kita beragama Islam,"

0 comments:

Post a Comment