Ini Jawapan Nora Danish Isu Kahwin Di New York


Ini Jawapan Nora Danish Isu Kahwin Di New York


Terbaca di portal berita hiburan tentang gosip terkini pelakon Nora Danish. Dengan tajuk Nora berkahwin di New York, ramai ingin mengetahui respon dari Nora.

Gosip ini bermula apabila pereka fesyen, Ashraf Zainal Atelier memuat naik tiga keping gambar pelakon jelita, Nora Danish, menggayakan busana perkahwinan.

Captionnya pula memberi gambaran Nora kini menghitung hari untuk menaiki pelamin sekali lagi selain dirinya sedang dilamun cinta.

Bermulalah perkhabaran bahawa pelakon jelita dan comel itu dikatakan bakal menamatkan zaman jandanya tidak lama lagi.

Nora yang dihubungi menerusi aplikasi WhatsApp semalam memberitahu, dirinya memang akan 'berkahwin' dengan menggayakan busana perkahwinan pereka fesyen sama.

Ini jawapan dari Nora Danish:

"Saya akan melangsungkan perkahwinan di New York. Ya, saya akan berkahwin dengan Baim Wong, tak pun dengan Remy Ishak," seloroh Nora sambil memberitahu dirinya akan terbang ke New York hari ini bagi menjalani penggambaran sebuah drama arahan Erma Fatima.

Rupa-rupanya untuk persiapan perkahwinan dalam drama saja. Lakonan bersama Baim Wong dan juga Remy Ishak. Ingatkan betul-betul.

Nora sebelum ini pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dikurniakan seorang anak. Namun jodoh mereka tidak panjang.

Kini Nora Danish dikatakan rapat dengan anak menteri, Nedim Nazri.

Sumber: BH (berita harian)


0 comments:

Post a Comment