Ini Nasihat Peguam Kepada Nora Danish Tentang Isu Keretakan Rumah Tangga Fasha Sandha Dan Jejai
Pelakon Nora Danish kini tampil menafikan dia menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Fasha Sandha dan Jejai.
Malah bekas isteri Jejai ini tidak menolak dia menjadi mangsa terbaru fitnah tentang kes itu yang menjadi tumpuan ramai.
TERKEJUT
Nora Danish juga ternyata terkejut apabila dikaitkan dalam masalah rumah tangga mereka.
Ini komennya:
“Tidak sepatutnya saya dilibatkan. Sebabnya tidak ada kena mengena dengan saya. Saya memang terkejut apabila isu ini timbul dan membabitkan nama saya pula.
“Tetapi apa boleh buat. Apa sekalipun tuduhan orang, saya sudah kuat untuk melaluinya,”
NASIHAT PEGUAM
Selain itu, peguam juga telah menasihatkan supaya Nora Danish untuk tidak terlalu terbuka dalam memberi komen mengenai isu tersebut.
Nora sudah dinasihatkan peguamnya untuk tidak mengeluarkan apa-apa kenyataan memandangkan pihaknya tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan.
Ini komennya lagi:
“Selanjutnya, maaf saya tidak boleh komen banyak tentang soal rumah tangga mereka. Saya sudah diberitahu peguam untuk berdiam diri sahaja.
“Walau bagaimanapun, nantikan sahaja apa yang sudah dirancang oleh pihak saya dan ini akan melibatkan saluran undang- undang,”
Tetapi buat masa sekarang Nora berkata, dia tidak merancang untuk menyaman sesiapa lagi.
Sumber: Murai
0 comments:
Post a Comment