Ajak Akhirnya Tampil Komen Isu Kumpulan Shiro Dah Berpecah
Ajak Shiro akan muncul bersama Tauke dan Angah dalam Maharaja Lawak Mega (MLM) 2016 membentuk kumpulan baru yang diberi nama LOL.
Ramai tertanya-tanya adakah kumpulan Shiro dah berpecah? Ada masalah ke? Melalui satu temubual, Ajak tampil mendedahkan perkara sebenar.
Ini komen Ajak:
SHIRO DAH BERPECAH
“Kami bukanlah berpecah. LOL adalah satu projek istimewa bersama Tauke dan Angah kerana kami ada niat tersendiri dan bukannya untuk kepentingan peribadi.
“Saya dan Shahrol sudah pun berbincang dan kami setuju agar saya sertai MLM tahun ini. Dia tidak dapat ikut serta kerana mahu berehat dan menguruskan hal lain. Malah dia juga kata akan terus menyokong saya bersama rakan-rakan lain.
“Saya masih menggunkan nama Ajak Shiro dan sebagai pelawak profesional, saya tidak boleh bekerja dengan Shahrol sahaja.
“Malah saya rasakan satu penghargaan apabila dapat peluang menubuhkan satu kumpulan bersama Tauke dan Angah kerana mereka adalah senior saya dalam dunia komedi,”
TUJUAN MASUK MLM DENGAN KUMPULAN LOL
“Kalau boleh kami mahu ke peringkat akhir MLM dan duit dari kemenangan tersebut kami akan buka sebuah kedai di mana separuh hasil pendapatan kedai itu akan disumbangkan kepada pertubuhan yang pernah mendapat bantuan arwah Pak Yus.
“Disebabkan keperibadian Pak Yus yang suka menderma itu membuatkan saya mahu menyambung legasi yang pernah dia lakukan. Ini sebagai amal jariah untuk kami dan juga Pak Yus.
“Bagaimanapun saya tidak mahu niat kami ini di salah anggap oleh penonton MLM dan kami tidak mahu orang mengundi disebabkan simpati,”
Sumber: Mangga
0 comments:
Post a Comment