Saya takkan kembali kepada dia lagi. Saya serik! - Fiza Elite
Umum mengetahui Fiza Elite dan Adam AF bercerai buat kali kedua baru-baru ini. Menurut Fiza, dia sudah serik untuk rujuk kembali dengan Adam AF setelah perkahwinan mereka berakhir.
Adam menceraikannya pada 21 September lalu di rumah mereka di Gombak, Selangor. Perceraian itu telah disahkan oleh Mahkamah Syariah Shah Alam pada 28 Disember lalu.
Ini rentetan perkahwinan mereka:
~ 26 September 2013 : Fiza dan Adam bernikah
~ 28 April 2014 : Cerai kali pertama
~ 17 Julai 2014 : Rujuk kembali
~ 21 September 2015: Cerai kali kedua
Fiza menambah, rumah tangga mereka sebenarnya tidak pernah aman dalam jangka masa yang agak lama di mana mereka hanya tinggal sebumbung, tetapi berlainan bilik selama setahun.
Ini luahan hati dari Fiza Elite:
“Jangan kaitkan saya dengan Adam lagi selepas ini. Cukuplah dua kali kami berkahwin, saya takkan kembali kepada dia lagi. Saya serik!,”
“Sebenarnya, selepas kami rujuk semula pada Julai 2014, hanya dua bulan sahaja kami bahagia. Tiga bulan kemudian, keadaan kami kembali macam dulu juga, selalu bergaduh. Hidup terus bermasalah terutamanya apabila bercakap dalam soal kewangan rumah tangga.
“Saya tidak tahan lagi hidup sebegitu dan berpura-pura bahagia. Akhirnya saya buat keputusan yang kami tidak lagi boleh hidup bersama pada hujung tahun 2015 yang lalu,”
“Saya punya banyak tanggungjawab, termasuklah kepada keluarga. Saya perlu terus bekerja bagi menampung keperluan hidup dan keluarga. Saya harap kemunculan semula saya dalam dunia lakonan akan membawa rezeki yang baik selepas tidak lagi berhadapan dengan masalah peribadi seperti sebelum ini,”
Sumber: Utusan
0 comments:
Post a Comment